Skip to main content

Singapura

350 aduan berkaitan rasuah dilaporkan pada 2019

Sebanyak 350 aduan berkaitan rasuah dibuat pada tahun lalu. Jumlah itu 2 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
350 aduan berkaitan rasuah dilaporkan pada 2019

Petikan gambar Google Maps yang menunjukkan bahagian luar CPIB.

Diterbitkan : 29 Apr 2020 06:47PM Dikemas Kini : 29 Apr 2020 06:50PM

SINGAPURA: Sebanyak 350 aduan berkaitan rasuah dibuat pada tahun lalu. Jumlah itu 2 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan 119 aduan didaftarkan sebagai kes baru untuk disiasat iaitu naik 11 peratus berbanding tahun 2018.

CPIB menyifatkannya sebagai peningkatan pada mutu maklumat yang diterima, di samping usaha untuk meningkatkan siasatan perisikan.

Sektor swasta membentuk 90 peratus daripada kes baru itu manakala bakinya, 10 peratus, dari sektor awam.

Secara keseluruhannya, 147 individu didakwa di mahkamah pada tahun lalu.
Sekitar 97 peratus daripada mereka dari sektor swasta.

CPIB menekankan bahawa keadaan rasuah di Singapura masih amat terkawal. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita