Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

35 stesen MRT akan dihiasi mural warisan jelang hujung 2023

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Jun 2022 08:11PM Dikemas Kini : 23 Jun 2022 11:10PM
SINGAPURA: Dari pokok bersejarah yang terus berdiri sepanjang pembaharuan bandar Singapura pada 1960-an hinggalah ke lorong-lorong yang dielak para pemandu teksi semasa zaman kelam Toa Payoh.

Sorotan sejarah itu kini ditampilkan pada lukisan tembok di stesen MRT Toa Payoh, iaitu antara stesen yang terdahulu dibina di Singapura.

Lukisan mural tersebut adalah antara yang pertama dipasang di 35 stesen MRT kendalian SMRT tahun ini, sempena ulang tahunnya yang ke-35.

Ada juga lukisan mural yang mengajak para penumpang menyusuri sejarah perubahan Toa Payoh - dari kawasan pertanian hingga menjadi bandar moden pertama dibangunkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Ia juga termasuk lukisan taman permainan bertemakan naga yang cukup ikonik dan kegiatan samseng yang pernah berleluasa di Toa Payoh pada satu ketika dahulu.
Sumber : CNA/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan