Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

35 mangsa terpedaya penipuan laman ejen pelancongan palsu hangus S$34,000 tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
35 mangsa terpedaya penipuan laman ejen pelancongan palsu hangus S$34,000 tahun ini

Petikan gambar laman palsu Visa Vietnam. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 05 Jul 2022 10:27PM Dikemas Kini : 05 Jul 2022 10:50PM
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 35 mangsa hangus sekitar S$34,000 tahun ini kepada penipuan yang melibatkan laman web ejen pelancongan palsu, menurut polis pada Selasa (5 Jul).

Polis menyatakan pihaknya mengesan peningkatan dalam kes penipuan melibatkan khidmat berkatian pelancongan yang tidak dipenuhi, termasuk permohonan visa, permohonan kad ketibaan dan tempahan penerbangan yang dibuat melalui laman ejen pelancongan palsu.

Mangsa terpedaya dengan skim seumpama itu sejak Januari 2022.

Dalam kes tersebut, mangsa akan mengakses laman tersebut untuk membuat jadual pelancongan mereka di mana mereka akan diminta untuk memasukkan maklumat peribadi dan butiran kad pembayaran bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditempah.

Selepas memasukkan maklumat mereka buat kali pertama, mangsa akan menerima emel yang meminta mereka memberi lebih banyak maklumat untuk melengkapkan permohonan mereka, menurut polis.

"Mangsa akan menyedari mereka ditipu setelah memeriksa dengan pihak berkuasa relevan dan syarikat-syarikat serta mendapati bahawa permohonan dan pembelian mereka tidak pernah diproses."

Polis menasihatkan masyarakat awam untuk menghubungi sumber-sumber rasmi seperti Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Persatuan Nasional Ejen-ejen Pelancongan untuk memeriksa jika vendor itu adalah sebuah ejen pelancongan yang bertauliah.

Orang ramai seharusnya membuat pembelian hanya daripada penjual diluluskan atau sumber-sumber yang dikenali, nasihat polis.

"Membeli tiket murah daripada penjual semula adalah berbahaya - jika harganya terlalu murah untuk dipercayai.

Pelawat boleh merujuk kepada laman Kementerian Ehwal Luar bagi memastikan mereka menggunakan laman yang betul untuk permohonon bagi membuat perjalanan ke luar Singapura.

Mereka juga merujuk kepada laman Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bagi syarat-syarat kemasukan ke Singapura.

Sebarang urus niaga mencurigakan pada kad kredit mahupun debit harus dilaporkan dengan serta-merta, tambah polis.
Sumber : CNA/FZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan