Skip to main content

Singapura

35 majlis perkahwinan bawah blok HDB sudah dapat kelulusan

Sekurang-kurangnya 35 majlis perkahwinan bawah blok HDB sudah mendapat kelulusan sejauh ini sejak acara seperti itu dibenarkan dua hujung minggu yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Dec 2020 07:52PM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 09:18PM

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 35 majlis perkahwinan bawah blok HDB sudah mendapat kelulusan sejauh ini sejak acara seperti itu dibenarkan dua hujung minggu yang lalu.

Sebenarnya sekitar 80 permohonan diterima pihak berkuasa sejauh ini, dengan 95 peratus adalah majlis pasangan Melayu.

Majlis persandingan bawah blok di Tampines pada 22 November lalu merupakan antara yang pertama berlangsung sejak kelonggaran diberikan.

Menurut Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), yang menguruskan semua permohonan bagi majlis perkahwinan di kolong blok, secara purata antara 7 hingga 10 hari diperlukan untuk permohonan diluluskan.

Yang pasti pihak penganjur perlu membuat banyak penyesuaian seperti lebih ramai tenaga kendarat kerana bufet tidak dibenarkan.

Pinggan mangkuk juga tidak boleh dicuci di bawah blok.

Jadi, kos menganjurkan majlis seperti itu tinggi walaupun hanya untuk 100 tetamu.

Kakak Pengantin, Cik Nurhidayah Abdul Aziz mengulas mengenai kos tambahan menganjurkan majlis perkahwinan pada masa kini.

"Mesin mengambil suhu badan. Ini memakan belanja tapi ia sesuatu yang anda boleh gunakan buat tempoh yang lama. Kemudian kita perlu dapatkan kod QR dari pada Majlis Bandaran. Jadi pastikan anda dapatkan kod QR untuk SafeEntry," ujar Cik Nurhidayah.

Semasa kru rancangan ehwal semasa Detik berada di majlis itu, beberapa pegawai Majlis Bandaran dilihat berlegar-legar di sana demi memastikan segala prosedur pengurusan selamat dipatuhi.

Jadi, keluarga pengantin tidak boleh mengambil remeh aspek keselamatan daripada COVID-19.

Namun demikian, pasangan pengantin yang ditemui menganggap segala-galanya berbaloi.

"Kami amat gembira, berpuas hati dapat melangsungkan majlis di bawah blok. Walaupun ini yang pertama, tapi bagi saya ia amat berjaya sebab langkah-langkah jarak selamat dipatuhi," menurut Cik Nadhirah Mohd Fadil.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita