Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,496 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura; 3,057 dalam masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,496 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (23 Jan), termasuk 439 kes import.

Satu kes kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 23 Jan: 3,496

Kes baru dalam masyarakat: 3,057
Kes import: 439

Jumlah kes baru Protokol 2: 1,489. Ini terdiri daripada sembilan kes import dan 1,480 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 2,007 kes disahkan menerusi ujian PCR - 1,577 adalah jangkitan tempatan manakala 430 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 313,772 sejak pandemik bermula

KEMATIAN

Kes kematian pada 22 Jan: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 848

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.75, naik berbanding 2.64 pada Sabtu (22 Jan).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 433 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 401 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 29
Dipantau rapi di ICU: 9

Seramai 2,323 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 91 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 55 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan