Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

343 suspek skim penipuan disiasat; mangsa rugi lebih S$6 juta

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 236 lelaki dan 107 wanita sedang disiasat kerana dipercayai terlibat dalam skim penipuan menyusuli operasi polis selama dua minggu.

Suspek yang berusia antara 14 dengan 78 tahun, dipercayai ada kaitan dengan lebih 857 kes skim penipuan, sama ada sebagai penipu atau keldai wang.

Demikian menurut polis dalam kenyataan medianya pada Jumaat (22 Jul).

Skim penipuan yang menyebabkan mangsa rugi hampir S$6.1 juta termasuk skim penipuan cinta Internet, skim penipuan menyamar sebagai pegawai pemerintah China, skim penipuan e-dagang dan skim penipuan emel perniagaan.

Semua suspek sedang disiasat atas kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menawarkan khidmat bayaran tanpa lesen.

Operasi yang dikendalikan Jabatan Ehwal komersil dan tujuh divisyen polis darat, diadakan antara 8 dengan 21 Julai.

Mereka yang didapati bersalah menipu berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Atas kesalahan pengubahan wang haram, mereka yang disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan mengendalikan perniagaan untuk menawarkan sebarang khidmat bayaran di Singapura tanpa lesen pula membawa hukuman denda sehingga S$125,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

"Untuk mengelak daripada bersubahat melakukan jenayah, orang ramai harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau nombor telefon mereka kerana anda akan bertanggungjawab sekiranya ia terkait dengan jenayah," menurut polis dalam kenyataan medianya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai skim penipuan boleh menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau menyerahkannya online di www.police.gov.sg.iwitness.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan