Skip to main content

Singapura

34 pengayuh basikal disaman dalam tempoh 2 hari; termasuk 2 kayuh basikal bertentangan arus trafik

Seramai 34 pengayuh basikal disaman kerana melanggar peraturan jalan raya pada hujung minggu ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Ahad (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
34 pengayuh basikal disaman dalam tempoh 2 hari; termasuk 2 kayuh basikal bertentangan arus trafik

(Gambar: LTA/Facebook)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 10:29PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 10:32PM

SINGAPURA: Seramai 34 pengayuh basikal disaman kerana melanggar peraturan jalan raya pada hujung minggu ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Ahad (18 Apr).

Ramai pengayuh basikal yang tidak bertanggungjawab didapati mengayuh basikal mereka di jalan raya tanpa memakai topi keledar atau tidak berhenti di lampu isyarat, dengan dua pengayuh basikal disaman kerana mengayuh basikal bertentangan dengan arus trafik, menurut LTA dalam catatan Facebooknya.

Para pengayuh basikal juga disaman di beberapa lokasi di Singapura oleh para pegawai LTA yang disertai oleh para pegawai Polis Trafik semasa operasi penguatkuasaan dijalankan yang memberi tumpuan kepada para pengguna alat mobiliti peribadi (PMD).

"Dari AYE (Ekspreswe Ayer Rajah) dan Lebuh Raya West Coast hingga ke Bukit Timah dan Tanah Merah Coast Road, kami memanfaatkan peluang ini untuk menyampaikan mesej berbasikal dengan selamat dan bertindak tegas terhadap para pengayuh basikal yang tidak bertanggungjawab," menurut agensi itu.

"Meskipun ramai yang mematuhi undang-undang, kami mendapati 16 pengayuh basikal berbasikal di jalan raya tanpa memakai topi keledar dan lagi 16 tidak berhenti di lampu trafik. Dua pengayuh basikal pula mengayuh basikal mereka bertentangan dengan arus trafik."

LTA mengingatkan orang ramai meskipun aktiviti berbasikal adalah "cara yang baik untuk menjaga kesihatan sambil meneroka Singapura" dan sedia maklum bahawa semakin ramai orang yang mengamalkan kaedah yang "lebih mesra alam" ini untuk melakukan perjalanan, para pengayuh basikal juga sepatutnya "menjaga keselamatan sepanjang masa semasa menggunakan jalan raya".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita