33 peniaga warisan manfaatkan Geran Transformasi Pertubuhan NHB
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak diperkenalkan pada 2021, sebanyak 33 perniagaan dan pertubuhan warisan di Singapura sudah meraih manfaat daripada Geran Transformasi Pertubuhan (OTG) oleh Lembaga Warisan Negara.
Selain bertujuan untuk melindungi perniagaan produk-produk warisan, ia juga menggalak dan menyokong mereka dalam projek transformasi dan inovasi bagi memastikan daya maju jangka panjang perniagaan mereka.
Geran itu juga boleh digunakan untuk menangani cabaran unik yang dihadapi oleh para perniagaan warisan.
Setiap projek boleh menerima geran OTG sehingga S$40,000.
STUDIO GYPSIED REKA BAJU BATIK LEBIH MAMPAN, MANFAATKAN GERAN UNTUK BERINOVASI
Antara peniaga yang meraih manfaat daripada geran itu adalah Studio Gypsied.
Jenama fesyen itu mereka busana yang menggunakan kain-kain batik yang lebih mampan.
"Fesyen yang lebih mampan ialah sebuah istilah dalam industri fesyen yang bertentangan dengan fesyen pantas atau 'fast fashion'. Ia menggalakkan jenama-jenama untuk mengamalkan piawaian beretika dan mampan untuk menghasilkan pakaian, serta menggalakkan pelanggan untuk lebih mendalami proses pembuatan pakaian sambil menghargai pembelian mereka," kata Pengasas Studio Gypsied, Nur Aqilah Zailan.
Impian dan visi Cik Aqilah itu dapat direalisasikan dengan sokongan geran OTG.
Ia juga membantunya tangani cabaran kos untuk menghasilkan kain batik secara tradisional di Singapura.
Dalam masa yang sama juga, dapat berinovasi dalam proses penghasilan batik.
"Di Studio Gypsied saya bekerja secara langsung dengan pengusaha batik di tanah Jawa untuk menghasilkan batik.
"Dengan geran OTG ini, saya mempunyai kebolehan untuk membangunkan proses pembuatan batik yang lebih mampan dengan menggunakan kain asas yang disahkan organik, seperti OEKO-TEX cotton, ECOVERO rayon dan serat TENCEL," kongsi Cik Aqilah.
Lantaran itu, beliau bersyukur dengan adanya geran OTG kerana ia dapat membantu perniagaan kecil sepertinya untuk menguji idea baharu, berinovasi dan menyempurnakan ideanya di pasaran terbuka.
Ini juga membantu perniagaan itu untuk melancarkan koleksi kebaya pertama mereka sempena Aidilfitri ini.
"Dalam masa terdekat, Studio Gypsied akan melancarkan koleksi kebaya pertama kami di laman web kami dan di Design Orchard. Ini juga koleksi pertama kebaya kami sempena Hari Raya yang bakal menjelang," kongsi Cik Aqilah.
DELI MASLINA PERBAIKI BUNGKUSAN, BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HADIAH
Sebuah lagi perniagaan yang meraih manfaat daripada OTG adalah perniagaan yang sudah dijalankan selama hampir empat dekad, Deli Maslina.
Kedai yang menjual kuih-muih tradisional, kek dan biskut raya itu sebelum ini berdepan cabaran kakitangan.
"Kami sebenarnya lebih fokus kepada produksi kuih harian yang lebih 'fast moving' seperti kuih bakar, kuih kaswi dan sebagainya dan kami juga agak terhad dari segi kakitangan dan juga masa untuk fokus kepada kek lapis ini.
"Kek lapis ini memerlukan kemahiran yang tertentu oleh itu ia mengambil masa untuk kami mendapatkan seseorang yang boleh membuat kualiti seperti yang kita sedia ada sekarang," kongsi Pengurus Deli Maslina, Adibah Ahmad.
Dengan geran yang diterima, Cik Adibah dapat melatih dan mengambil lebih ramai kakitangan untuk memperkasa perniagaannya.
"Dengan geran yang diberikan, kita telah mengambil masa untuk melatih kakitangan untuk membuat kek lapis ini daripada pembuat kuih utama kami iaitu makcik saya yang begitu teliti dalam membuat kek ini," kongsi Cik Adibah.
Selain itu, Deli Maslina juga melabur untuk penjenamaan dan pemasaran produk mereka termasuk aspek pembungkusan.
"Kami juga telah bekerjasama dengan sebuah syarikat untuk mengemas kini pemasaran dan juga bungkusan kek lapis kami ini. Kita telah mengambil peluang ini untuk menjadikan bungkusan kek lapis ini lebih menarik, lebih sesuai untuk pelanggan kami untuk berikan kepada kawan-kawan mereka dan sebagainya," kata Cik Adibah.
Menurutnya, geran yang diberikan memberi suntikan semangat buat perniagaan warisan seperti Deli Maslina untuk mencapai potensi yang lebih tinggi.
"Kami berharap kami masih kekalkan resipi tradisional ini, kualiti lapis kami dan dapat mencapai lebih ramai orang dan dari segi bungkusan yang telah kami lakarkan ini, mereka (pelanggan) akan memberikan kepada teman-teman mereka, keluarga mereka," kata Cik Adibah.
Melangkah ke hadapan, beliau berharap dapat memperluaskan koleksi produk kek moden mereka.
"Kami sebenarnya sudah memulakan penjualan produk moden seperti 'cheesecake' dan sebagainya dan melangkah ke hadapan kami juga ingin mengadakan semacam 'dessert table' yang menggabungkan kuih-muih tradisional dan kek yang moden," ujar Cik Adibah.
NHB mendedahkan bahawa sokongan yang disasarkan untuk perniagaan warisan adalah sebahagian daripada fokus 'Our SG Heritage Plan 2.0' untuk menonjolkan lagi pembangunan industri dan warisan Singapura.
Mereka yang berminat boleh memohon geran OTG menerusi laman NHB. Permohonan dibuka dua kali dalam setahun.
Selain bantuan kewangan, NHB juga menjalankan sesi rangkaian setiap suku tahun buat perniagaan warisan untuk bertukar-tukar pengalaman dan pendapat dengan tetamu undangan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.