Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

33 masjid tawar 2 sesi solat Jumaat minggu ini sempena cuti umum pada 1 September

Anggaran Waktu Membaca:
33 masjid tawar 2 sesi solat Jumaat minggu ini sempena cuti umum pada 1 September

Gambar fail: MUIS

Diterbitkan : 29 Aug 2023 09:32PM Dikemas Kini : 30 Aug 2023 10:27AM

SINGAPURA: Sebanyak 33 masjid akan menawarkan dua sesi bagi solat Jumaat minggu ini.

Ini memandangkan cuti umum iaitu Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Presiden jatuh pada 1 September iaitu hari Jumaat.

35 masjid lain akan terus menawarkan satu sesi solat Jumaat, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di laman Facebooknya.

Senarai masjid yang menawarkan dua sesi solat Jumaat boleh didapati di sini.


TIADA TEMPAHAN SLOT DIPERLUKAN BAGI KEBANYAKAN MASJID

Tiada tempahan slot perlu dibuat bagi solat Jumaat di kebanyakan masjid.

Hanya jemaah yang mahu menghadiri sesi pertama solat Jumaat di Masjid Darul Ghufran perlu membuat tempahan slot.

Permintaan itu dibuat sendiri oleh Masjid Darul Ghufran bagi menguruskan dengan lebih baik lagi jumlah jemaah yang dijangka hadir pada Sesi 1, jelas MUIS.

Tempahan slot itu sudahpun dibuka mulai 10.00 pagi Selasa (29 Ogos).

Para jemaah boleh membuat tempahan slot bagi Sesi 1 di Masjid Darul Ghufran di sini atau menerusi app MuslimSG.


SESI 1 DAN SESI 2 SOLAT JUMAAT

Sesi pertama solat Jumaat akan bermula pada jam 1.00 tengah hari.

Sesi kedua pula akan bermula pada jam 2.00 petang.

Hanya lima masjid - Ahmad Ibrahim, An-Nahdhah, Petempatan Melayu Sembawang, Yusof Ishak dan Angullia - akan memulakan sesi kedua pada 2.15 petang.

Pihak MUIS juga menyarankan agar para jemaah mempertimbangkan sembilan masjid yang kurang sesak untuk menunaikan solat Jumaat.

Ia terdiri daripada Masjid Abdul Hamid (Kg Pasiran), Masjid An-Nahdhah, Masjid Muhajirin, Masjid Al-Amin, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Huda, Masjid Hang Jebat dan Masjid Hussain Sulaiman.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan