Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

33 bulan penjara bagi lelaki bersenjatakan pisau yang ditembak polis di Clementi

Anggaran Waktu Membaca:
33 bulan penjara bagi lelaki bersenjatakan pisau yang ditembak polis di Clementi

(Gambar: sgkaypohlah/Facebook)

SINGAPURA: Seorang lelaki bersenjatakan pisau, yang ditembak polis selepas menyerang beberapa orang secara rambang dan menerjah ke arah para pegawai, dijatuhi hukuman penjara selama 33 bulan pada Rabu (26 Okt).

Soo Cheow Wee, 50 tahun, mengaku bersalah bulan lalu atas empat tuduhan termasuk sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan alat memotong, melakukan ugutan jenayah dan mencederakan seorang pegawai awam untuk menghalangnya daripada menjalankan tugas.
Empat lagi tuduhan diambil kira ketika menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Soo pergi ke Geylang pada 17 Februari lalu dan meminum ubat batuk serta mengambil diazepam, iaitu sejenis ubat untuk merawat kondisi seperti keresahan dan penarikan diri daripada alkohol, tanpa preskripsi doktor.

Dia kemudian mengambil sebilah pisau dan berlegar-legar di sepanjang kaki lima di Clementi, menghayunkan pisau itu secara rambang ke arah orang awam, menurut arahan suara yang didengarinya.

Soo, yang didiagnosis dengan skizofrenia sebelum ini, mencederakan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan mengelar lengannya.

Dia kemudian menahan sebuah teksi dan meminta untuk dibawa ke Divisyen Polis Clementi tetapi cuba untuk turun dari kenderaan itu ketika ia sedang bergerak.

Soo cuba menyerang pemandu teksi itu apabila beliau turun dari kenderaan untuk memeriksa keadaannya. Pemandu teksi itu kemudian membuat perjalanan ke Divisyen Polis Clementi untuk memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Apabila para pegawai polis tiba, lelaki itu juga dilihat memekik dalam keadaan tidak keruan dan secara tiba-tiba menyerang salah seorang daripada pegawai itu.

Menyedari ancaman terhadap nyawa dan keselamatan para pegawai polis di tempat kejadian itu, seorang pegawai melepaskan satu das tembakan ke arah Soo yang kemudian rebah.

Dia dibawa ke hospital dengan kecederaan akibat tembakan yang tidak mengancam nyawa dan telahpun direman sejak itu.

Soo juga mengaku dia menumbuk muka seorang pegawai polis tambahan sebanyak tiga kali dalam satu insiden yang berlaku pada 2019. Dia bertindak sedemikian selepas menyalahgunakan sirap ubat batuk yang diambilnya tanpa sebarang preskripsi.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan