Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

325 suspek disiasat berhubung penipuan libatkan lebih S$9 juta

Seramai 201 lelaki dan 124 wanita, berusia 16 hingga 86 tahun, dipercayai terlibat dalam lebih 697 penipuan.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 325 orang ditahan untuk disoal mengenai peranan mereka dalam pelbagai penipuan melibatkan mangsa hilang lebih S$9 juta, menurut polis pada Jumaat (2 Sep).

Suspek-suspek itu ditangkap menyusuli operasi selama dua minggu di seluruh negara dari 19 Ogos hingga 1 Sep oleh Jabatan Ehwal Komersil dan tujuh divisyen darat polis.

Seramai 201 lelaki dan 124 wanita, berusia 16 hingga 86 tahun itu, dipercayai terlibat dalam lebih 697 penipuan.

Antaranya ialah penipuan panggilan rakan palsu, penipuan penyamaran pegawai China dan pemerintah, penipuan e-dagang, penipuan pancingan data, penipuan pelaburan dan penipuan cinta Internet.

Suspek-suspek itu disiasat bagi kesalahan menipu, pengubahan wang atau menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.

Kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Jika disabitkan kesalahan pengubahan wang haram, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda hingga S$500,000, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan menjalankan perniagaan menyediakan sebarang jenis khidmat pembayaran tanpa lesen membawa hukuman denda tidak lebih S$125,000, penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Polis menyatakan pihaknya memandang serius terhadap mana-mana individu yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pelakunya akan ditangani mengikut undang-undang.

"Bagi mengelak daripada menjadi rakan subahat jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan orang lain yang hendak menggunakan akaun bank atau nombor telefon bimbit anda kerana anda akan bertanggungjawab jika ia dikaitkan dengan jenayah."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan