324 pusat dilantik kendali prasekolah mulai Januari 2021, yuran lebih rendah
324 pusat dilantik untuk mengendalikan prasekolah di bawah skim Pengendali Rakan Kongsi (POP) selama lima tahun mulai Januari depan.

Gambar fail. (Gambar: AFP)
SINGAPURA: 324 pusat dilantik untuk mengendalikan prasekolah di bawah skim Pengendali Rakan Kongsi (POP) selama lima tahun mulai Januari depan.
Ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 27,000 kanak-kanak rakyat tempatan, peningkatan 35 peratus berbanding penggal POP sekarang.
Pusat-pusat prasekolah itu akan menerima bantuan pendanaan dari Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) agar lebih dimampui.
Mulai Januari, had yuran bagi pusat-pusat prasekolah POP diturunkan kepada S$760 sebulan bagi jagaan kanak-kanak sepanjang hari dan S$1,330 bagi jagaan bayi.
Sokongan ECDA juga meliputi usaha meningkatkan mutu pusat-pusat prasekolah seperti mendapatkan pentauliahan SPARK dan menarik serta mengekalkan bakat dalam sektor prasekolah.
Dalam tahun-tahun mendatang, ECDA berhasrat untuk menurunkan lagi had yuran bagi prasekolah POP.
Pemerintah menetapkan sasaran agar 80 peratus kanak-kanak akan mengikuti pendidikan prasekolah di pusat-pusat yang disokong pemerintah menjelang 2025.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli mengulas mengenai yuran prasekolah yang diturunkan.
"Buat waktu ini, ia akan diturunkan dengan cara bertahap-tahap kerana para pengendali perlu menanggung kos-kos yang tertentu dan dengan adanya matlamat ini mereka akan tahu bagaimana untuk mengurusnya supaya sampai ke matlamat tersebut," ujar Encik Masagos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.