322 kes bunuh diri dilaporkan di SG pada 2023, terendah dalam lebih 20 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 322 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura tahun lalu, iaitu angka terendah dalam lebih 20 tahun, umum Samaritans of Singapore (SOS) pada Jumaat (12 Jul).
Jumlah kes bunuh diri turun 32.4 peratus dari 2022, dengan penurunan pada dalam semua kumpulan usia buat pertama kali.
Demikian menurut data diterbitkan SOS dalam kenyataan media.
Kemerosotan itu berlaku berikutan 476 kes bunuh diri yang dilaporkan di negara ini pada 2022, iaitu yang terbanyak dalam lebih 20 tahun.
Daripada 322 kes bunuh diri pada 2023, 222 adalah lelaki manakala baki 100 adalah wanita.
Individu muda berusia antara 10 hingga 29 tahun mencatat penurunan 31.2 peratus dalam kes bunuh diri tahun lalu berbanding 2022.
Sekalipun demikian, SOS menarik perhatian bahawa bunuh diri adalah punca utama kematian buat lima tahun berturut-turut bagi kumpulan usia tersebut, dengan kira-kira 30 peratus kematian dalam kumpulan usia itu disebabkan bunuh diri.
Ketua Pegawai Eksekutif SOS Gasper Tan menarik perhatian bahawa penurunan dalam kes bunuh diri secara menyeluruh adalah "membuktikan kuasa masyarakat dan pentingnya usaha kita bersama untuk mencegah kes bunuh diri".
"Sungguhpun demikian, kerja kami tidak berakhir di sini. Matlamat kami adalah untuk terus memberi kesan dalam masyarakat kami, kerana pencegahan insiden bunuh diri boleh dan sepatutnya menjadi urusan semua orang," tambahnya.
Oleh itu, SOS melancarkan inisiatif dipanggil 'Mindful Bytes' tahun lalu untuk mengurangkan risiko bunuh diri dalam kalangan belia berumur 13 tahun dan ke atas, serta meluaskan jaringan keselamatan.
Program tersebut bertujuan untuk berinteraksi dengan belia dalam perbualan online yang selamat, dengan menawarkan bantuan kepada mereka yang berisiko membunuh diri.
Mengenai penurunan kes bunuh diri yang ketara tahun lalu, Profesor Madya Daniel Fung, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kesihatan Mental (IMH), menarik perhatian kepada "usaha besar" daripada agensi pelbagai sektor, seperti hospital dan agensi perkhidmatan sosial berhubung pencegahan bunuh diri.
DI MANA UNTUK DAPATKAN BANTUAN
Samaritans of Singapore: 1767
Talian Bantuan Institut Kesihatan Mental: 6389 2222
Talian bantuan Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800-283-7019
Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini.
Jika anda mengenali sesiapa yang menghadapi risiko, hubungi khidmat rawatan kecemasan 24 jam.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.