32 pengayuh basikal disaman kerana langgar peraturan saiz kumpulan di jalan raya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SPF)
SINGAPURA: 32 pengayuh basikal disaman kerana melanggar peraturan saiz kumpulan semasa operasi penguatkuasaan bersama baru-baru ini yang dijalankan oleh Polis Trafik (TP) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa (13 Ogos), TP dan LTA turut menyatakan bahawa pegawai mereka menjalankan "pendampingan pendidikan" untuk meningkatkan kesedaran mengenai peraturan dan panduan berbasikal dalam operasi pada 28 Julai dan 4 Ogos.
Pengayuh basikal di jalan raya Singapura perlu memastikan bahawa kumpulan mereka tidak melebihi lima basikal. Mereka juga harus berbasikal dalam satu barisan di satu lorong ataupun di lorong bas pada waktu yang ditetapkan.
Apabila berbasikal di jalan raya dengan menggunakan dua atau lebih lorong, pengayuh basikal harus berpasangan dan dihadkan kepada 10 pengayuh sekumpulan.
Pengayuh yang ditangkap melanggar peraturan saiz kumpulan boleh dikenakan saman S$150.
"Denda lebih berat dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2022 untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan turut dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan berbasikal sedia ada," menurut pihak berkuasa.
Ini termasuk peraturan gagal berhenti di lampu merah, berbasikal di lebuh raya dan mengayuh basikal seiringan dengan basikal lain di satu lorong atau di lorong bas semasa waktu operasi.
TP dan LTA turut menambah bahawa ia akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap pengayuh basikal yang ingkar dan "tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka.”

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.