32 masjid tawar 2 sesi solat Jumaat sempena cuti umum pada 18 Apr
Sebanyak 32 masjid menawarkan sesi kedua solat Jumaat hari ini (18 Apr) bagi menampung lebih ramai jemaah sempena cuti umum Good Friday.
Masjid Darul Ghufran merupakan salah satu daripada masjid yang menawarkan sesi kedua bagi solat Jumaat. (Gambar: Mediacorp)
Ini turut dilakukan bagi menyediakan lebih banyak ruang demi keselesaan jemaah yang hadir.
Bagaimanapun, jemaah yang menghadiri sesi pertama di Masjid Darul Ghufran harus membuat tempahan slot menerusi book.masjids.sg.
Senarai 32 masjid yang menawarkan dua sesi solat Jumaat pada 18 April adalah seperti berikut:
1. Assyafaah
2. Al-Istiqamah
3. Al-Muttaqin
4. Ahmad Ibrahim
5. Sultan
6. An-Nur
7. En-Naeem
8. Kampung Siglap
9. Pertempatan Melayu Sembawang
10. Lokasi Sementara Darul Makmur
11. Yusof Ishak
12. Abdul Gafoor
13. Angullia
14. Al-Mawaddah
15. Al-Ansar
16. Al-Islah
17. Al-Istighfar
18. Alkaff Kampung Melayu
19. Al-Taqua
20. Haji Mohd Salleh (Geylang)
21. Darul Ghufran
22. Sallim Mattar
23. Wak Tanjong
24. Al-Iman
25. Al-Khair
26. Ar-Raudhah
27. Assyakirin
28. Darussalam
29. Hasanah
30. Pusara Aman
31. Al-Mukminin
32. Maarof
Butiran lanjut bagi solat Jumaat pada hari ini boleh didapatkan di go.gov.sg/fridayprayerph.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.