Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

32 masjid adakan 2 sesi solat Jumaat pada 29 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
32 masjid adakan 2 sesi solat Jumaat pada 29 Mac

Masjid Al-Ansar. (Gambar: Google Maps)

SINGAPURA: Sebanyak 32 masjid tempatan akan menawarkan dua sesi solat Jumaat pada minggu depan (29 Mac) semasa cuti umum Good Friday.

Langkah ini diambil untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada para jemaah.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi catatan Facebooknya pada Jumaat (22 Mac).

Menurut lampiran pada catatan MUIS itu, sesi kedua solat Jumaat diadakan pada pukul 2.00 petang di 28 masjid, manakala baki empat masjid mengadakan sesi kedua pada pukul 2.15 petang.

Empat masjid tersebut adalah Masjid Al-Istiqamah, Masjid An-Nahdhah, Masjid An-Nur dan Masjid Yusof Ishak.
Untuk makluman, jika anda datang ke Masjid Ghufran bagi sesi pertama solat Jumaat pada 29 Mac, ruangnya terhad dan anda perlu membuat tempahan menerusi laman baharu di book.masjids.sg.

Panduan untuk membuat tempahan disediakan di masjid dan laman media sosial Masjid Darul Ghufran.

Berikut senarai masjid yang mengadakan sesi kedua, berdasarkan daerah:

TIMUR

Masjid Al-Ansar
Masjid Al-Islah
Masjid Al-Istighfar
Masjid Alkaff Kampung Melayu
Masjid Al-Mawaddah
Masjid Al-Taqua
Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)
Masjid Sallim Mattar
Masjid Darul Ghufran

BARAT

Masjid Al-Firdaus
Masjid Al-Iman
Masjid Al-Khair
Masjid Al-Mukminin
Masjid Ar-Raudhah
Masjid Assyakirin
Masjid Darussalam
Masjid Hasanah
Masjid Maarof
Masjid Pusara Aman

UTARA

Masjid Ahmad Ibrahim
Masjid Al-Muttaqin
Masjid Assyafaah
Masjid Darul Makmur (lokasi sementara)
Masjid En-Naeem
Masjid Haji Yusoff
Masjid Petempatan Melayu Sembawang

Masjid Al-Istiqamah (Sesi 2: Pukul 2.00 petang)
Masjid An-Nahdhah (Sesi 2: Pukul 2.00 petang)
Masjid An-Nur (Sesi 2: Pukul 2.00 petang)
Masjid Yusof Ishak (Sesi 2: Pukul 2.00 petang)

SELATAN

Masjid Abdul Ghafoor
Masjid Angullia
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan