Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

32 individu ditangkap terlibat dalam kegiatan maksiat

Sejumlah 32 orang ditangkap dalam satu operasi sepanjang 5 hari yang disasarkan kepada kegiatan-kegiatan maksiat.

Anggaran Waktu Membaca:
32 individu ditangkap terlibat dalam kegiatan maksiat

Sejumlah 32 orang ditangkap dalam satu operasi sepanjang 5 hari yang disasarkan kepada kegiatan-kegiatan maksiat. (Gambar: Singapore Police Force)

Diterbitkan : 23 Dec 2017 03:24PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 04:11PM

SINGAPURA: Sejumlah 32 orang ditangkap dalam satu operasi sepanjang 5 hari yang disasarkan kepada kegiatan-kegiatan maksiat.

Ini menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis hari ini (23 Dis).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan itu, operasi tersebut dilancarkan oleh Divisyen Polis Pusat di Jalan Besar Road, Rangoon Road, Sing Joo Walk, Race Course Lane, Beach Road, Stamford Road, Cross Street dan Kampong Bahru Road dari 18 hingga 22 Disember.

Mereka yang ditangkap termasuk 23 wanita dan 9 lelaki yang diberkas atas kesalahan di bawah Piagam Wanita, Akta Pengambilan Pekerja Asing, Akta Rumah Perjudian serta Akta Perjudian Online.

18 daripada wanita yang ditangkap itu dipercayai menawarkan khidmat seks di apartmen privet dan hotel.

Polis menyatakan bahawa para pengendali rumah pelacuran tidak berlesen boleh dikenakan denda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa yang meraih keuntungan, baik sebahagian mahupun sepenuhnya, daripada kegiatan pelacuran juga boleh didenda sehingga S$10,000 dan dipenjara selama 5 tahun.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan