Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

32 guru diiktiraf atas sumbangan, dedikasi dalam memupuk generasi masa depan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Aug 2022 10:08PM Dikemas Kini : 17 Aug 2022 09:57AM
SINGAPURA: Untuk acara penghargaan #ServingSG yang diadakan buat edisi keempat, 32 guru diiktiraf atas sumbangan dan dedikasi mereka dalam memupuk generasi masa depan.

Siri ServingSG yang dimulakan Presiden Halimah Yacob ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada perkhidmatan para individu di belakang tabir.

Tahun ini, ia memberikan tumpuan kepada para pendidik dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak.

Seramai 32 guru dicalonkan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) untuk mengunjungi Istana dan bertemu dengan Presiden Halimah sendiri.

Para calon diiktiraf atas usaha mereka dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kreatif bagi perkembangan kanak-kanak di bawah jagaan mereka semasa pandemik.

Edisi-edisi ServingSG yang sebelumnya turut mengiktiraf para pekerja perkhidmatan alam sekitar, pekerja penghantaran perkhidmatan awam serta para pegawai yang menguruskan operasi berhubung COVID-19.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan