Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

32 diberkas berkaitan sindiket pekerja haram

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 32 orang diberkas kerana disyaki terlibat dalam sindiket membawa masuk pekerja secara haram, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (27 Sep).

Menurut MOM, mereka ditangkap semasa operasi penguatkuasaan yang dilakukannya bersama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) di 27 tempat pada Isnin lalu.

Mereka yang ditangkap termasuk seorang lelaki 33 tahun yang disyaki anggota satu sindiket yang mengendalikan 28 tempat hiburan awam, tetapi sebenarnya tidak wujud.

Tempat-tempat hiburan itu, kononnya, menggaji pemegang permit kerja sebagai artis persembahan tetapi pada hakikatnya tempat-tempat tersebut, tidak beroperasi.

Permit kerja bagi penghibur hanya boleh diberikan kepada artis luar negara yang bekerja di tempat hiburan awam seperti hotel, bar dan kelab malam pada tempoh singkat selama enam bulan.

Permit kerja diperkenalkan pada 2008 selepas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menghentikan pengeluaran Pas Lawatan Profesional (PVP) kepada warga asing yang bekerja di Singapura bagi tempoh yang singkat.

16 lelaki dan 15 wanita turut diberkas pada Isnin kerana didakwa terlibat membuat pengisytiharan palsu dalam permohonan pas kerja walhal syarikat berkenaan tidak memerlukan mereka bekerja, tambah MOM, sambil bahawa siasatan terhadap suspek masih dijalankan.

MOM mengatakan ia akan menyemak semula skim permit kerja bagi artis-artis persembahan kerana semakin banyak disalah gunakan.

Bulan lalu, seorang lelaki dihukum penjara 12 bulan dan diarah membayar denda sebanyak S$24,050 kerana menyalahgunakan skim permit pekerjaan bagi penghibur.

Dia membuat permohonan bagi permit pekerjaan untuk 21 wanita warga asing untuk "bekerja" sebagai penghibur di pub atau kelab karaokenya. Namun, selepas mereka tiba, kumpulan wanita itu mencari pekerjaan sendiri dan membayarnya kerana mbantu mereka memasuki Singapura.

Di bawah AktaAkta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA), semua majikan dan pemohon pas kerja perlu membuat pengisytiharan yang betul, lengkap dan jujur kepada Pengawal Pas Kerja. Majikan hanya boleh menggajikan pekerja hijrahan yang mempunyai pas kerja yang sah.

Pengisytiharan palsu berhubung permohonan pas kerja membawa denda hingga S$20,000, atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-dua hukuman.

Sebaik disabit kesalahan, MOM juga boleh melarang mereka daripada bekerja di Singapura.

Majikan yang melakukan sedemikian boleh digantung keistimewaan pas kerja mereka manakala pemohon pas kerja juga boleh didakwa dan dilarang selama-lamanya daripada bekerja di Singapura.

Sesiapa yang tahu kegiatan pekerjaan mencurigakan seperti syarikat menggaji warga asing tanpa pas kerja sah, harus melaporkannya kepada MOM di talian 6438-5122 atau mom_fmmd@ mom.gov.sg.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan