Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,155 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,155 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (21 Jan), termasuk 361 kes import.

Satu kes kematian dilaporkan.

Kenaikan jumlah kes itu disebabkan langkah MOH menyertakan jumlah kes Protokol 2 dalam kemas kini hariannya, selain jangkitan yang disahkan oleh ujian PCR.

Protokol 2 adalah kes-kes yang positif ujian ART dan dinilai oleh doktor sebagai bergejala ringan dan berisiko rendah.
 

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 21 Jan: 3,155

Kes baru dalam masyarakat: 2,794
Kes import: 361

Jumlah kes baru Protokol 2: 1,539. Ini terdiri daripada 23 import dan 1,516 jangkitan dalam masyarakat.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 307,813 sejak pandemik bermula

KEMATIAN

Kes kematian pada 21 Jan: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 846

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.70, naik berbanding 2.17 pada Khamis (20 Jan).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 360 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 306 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 19
Dipantau rapi di ICU: 13

Seramai 4,453 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Jumaat, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 90 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 54 peratus

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan