Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

31,500 individu berusia 18 tahun ke atas belum buat janji temu dos penggalak; berisiko hilang status lengkap divaksin

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Feb 2022 05:29PM Dikemas Kini : 08 Feb 2022 09:02PM

SINGAPURA: Sekitar 31,500 individu yang berusia 18 tahun ke atas belum membuat janji temu untuk mendapatkan suntikan dos penggalak dan mereka berisiko kehilangan status lengkap divaksin bermula dari 14 Feb, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (8 Feb).

Para individu ini mengambil dos terakhir daripada siri utama vaksinasi lebih daripada 270 hari yang lalu.

"Seperti yang diumumkan sebelum ini, bermula dari 14 Feb, para individu ini tidak lagi dianggap sudah lengkap divaksin dan status vaksinasi mereka akan kembali kepada 'dos tambahan diperlukan', menurut kenyataan media MOH hari ini (8 Feb).

"Ini juga melibatkan para individu yang sudah mendapatkan rejimen vaksinasi asas bukan mRNA yang ditawarkan di bawah program vaksinasi nasional seperti tiga dos vaksin Sinovac-CoronaVac atau Sinopharm serta rejimen-rejimen lain vaksin kegunaan darurat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)."

MOH turut menggesa para individu ini supaya membuat janji temu atau pergi ke mana-mana pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan dos penggalak secepat mungkin.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan