Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,120 kes baru COVID-19 hari ini; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,120 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (16 Jun).

Ia terdiri daripada 2,831‬‬ jangkitan tempatan dan 289 ‬kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 16 Jun: 3,120
Kes baru tempatan: 2,831
Kes import: 289

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,795

Ini terdiri daripada 2,531 kes tempatan dan 264 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 325‬‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 300 adalah jangkitan tempatan, manakala 25 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,355,801

KEMATIAN

Kes kematian pada 16 Jun: 0

Jumlah kematian sejauh ini: 1,401

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan kekal pada 1.02.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Jumlah pesakit masih dirawat di hospital kekal pada 240. 

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 27

Dipantau rapi di ICU: 2

Seramai 2,534 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu (15 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan