31 belia wanita sertai Boot Camp Wanita 2023
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Seramai 31 belia perempuan mendaftarkan diri Kem Maju di Clementi untuk merasakan sendiri pengalaman menjalani perkhidmatan negara.
Boot Camp selama selama dua hari itu memberi mereka gambaran tentang apa yang dilalui oleh anggota perkhidmatan negara (NS).
Ini supaya mereka dapat lebih memahami pengalaman serta pengorbanan anggota NS dalam melaksanakan tanggungjawab dalam pertahanan negara
Kem tersebut adalah satu inisiatif Majlis Penasihat Hubungan Masyarakat dalam Pertahanan (ACCORD) dengan sokongan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad menekankan perlunya sokongan kukuh yang berterusan bagi Perkhidmatan Negara dan Pertahanan Mutlak.
"Dengan keadaan geopolitik hari ini di mana kerelevanan Pertahanan Mutlak masih penting kepada Singapura untuk kita mempertahankan negara kita. Di sini apabila kami lihat krisis di Ukraine misalnya dan juga COVID-19, kita lihat bagaimana sebagai sesuatu masyarakat amat penting supaya kita semua bersatu untuk menjaga kesejahteraan negara dan mempertahankan negara kita.
"Di sini kami mempunyai 'Boot Camp' wanita di mana anggota wanita kita dapat memainkan peranan di mana mereka dapat memasuki perkhemahan ini. Mereka dapat kemahiran seperti 'NS men' kita," kata Encik Zaqy.
Apabila Nur Khaliesah Md Haironi, salah seorang peserta Boot Camp wanita ditanya BERITAmediacorp faktor yang mendorongnya mendaftarkan diri, ini jawapan beliau:
"Saya menyertai kem ini kerana saya ingin tahu lebih tentang Perkhidmatan Negara atau NS. Saya pelajari yang walaupun wanita tidak jalani NS, kita juga memainkan peranan yang besar."
Antara elemen baru dalam edisi tahun in adalah Latihan Operasi Bandar dan demonstrasi Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Mikro.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.