300,000 warga emas Generasi Perintis akan menerima tokokan Medisave pada Julai
Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas di luar MRT Raffles Place pada 14 Jan 2022. (Gambar fail: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Sekitar 300,000 warga emas Generasi Perintis akan menerima tokokan Medisave berjumlah lebih S$160 juta bulan depan, menurut Kementerian Kewangan pada Isnin (16 Jun).
Dalam satu kenyataan, MOF menyatakan bahawa tokokan Medisave tahunan Generasi Perintis diberikan sebagai tambahan kepada tokokan Baucar GST-Medisave tahunan untuk rakyat Singapura berusia 65 tahun ke atas yang layak.
Menyusuli Semakan MediShield Hayat 2024, MOF menyatakan bahawa perintis yang layak akan menerima tokokan Medisave tahunan yang lebih tinggi sebanyak S$300 hingga S$1,200 pada bulan Julai tahun ini, berbanding dengan S$250 hingga S$900 yang diterima pada tahun 2024.
Mereka yang berusia 86 tahun ke atas yang menghidap penyakit serius juga akan menerima tokokan tambahan sebanyak S$50 atau S$200 untuk membantu membayar premium MediShield Hayat mereka yang lebih tinggi.
Perintis yang dilahirkan lebih awal menerima jumlah tokokan Medisave yang lebih besar kerana mereka biasanya mempunyai simpanan yang lebih sedikit berbanding Generasi Perintis yang lebih muda, dan mungkin memerlukan lebih banyak bantuan dengan premium MediShield Hayat tahunan mereka, tambah kementerian kewangan.
Medisave boleh digunakan untuk membayar premium MediShield Hayat, CareShield Hayat, ElderShield dan pelan insurans lain yang diluluskan Medisave, serta perbelanjaan perubatan seperti kemasukan ke hospital, pembedahan siang hari, dan rawatan pesakit luar terpilih.
Tokokan Medisave akan dimasukkan secara automatik ke dalam Akaun Medisave CPF perintis yang layak.
"Bersama-sama dengan subsidi-subsidi premium khas untuk perintis, tokokan Medisave tahunan ini akan terus memastikan premium MediShield Hayat mampu dibayar oleh semua perintis," menurut MOF.
"Perintis yang lebih tua berusia 91 tahun ke atas pada 2025 akan terus melihat premium MediShield Hayat mereka ditanggung sepenuhnya. Perintis yang lebih muda akan mempunyai kira-kira dua pertiga daripada premium MediShield Hayat mereka ditanggung."
Perintis yang telahpun mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka dengan Singpass sebelum 2 Jun akan menerima SMS menjelang 18 Jun, memaklumkan mereka tentang jumlah tokokan yang mereka layak terima.
Mereka yang belum mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka dengan Singpass akan menerima surat pemberitahuan menjelang akhir Jun.
Untuk melindungi warga emas daripada penipuan, pemberitahuan SMS, yang akan dihantar oleh "gov.sg", hanya akan memaklumkan warga emas yang layak tentang manfaat yang diterima mereka.
Warga emas tidak akan diminta untuk membalas SMS atau memberikan sebarang maklumat kepada penghantar.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.