Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30,000 orang bakal terima talian data percuma selama setahun; bernilai lebih $3 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2022 09:41PM Dikemas Kini : 21 May 2022 09:43PM

SINGAPURA: 30,000 orang bakal menerima talian data percuma selama setahun di bawah inisiatif Data Untuk Semua.

Inisiatif baru itu bertujuan mempertingkatkan hubungan digital bagi golongan-golongan kurang bernasib baik.

Syarikat telko seperti M1, Singtel dan Starhub masing-masing bersetuju untuk menyumbang 10,000 talian data yang bernilai lebih $3 juta.

Syarikat-syarikat tersebut akan bekerjasama dengan agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk membantu keluarga berpendapatan rendah, orang-orang kurang upaya serta penjaga mereka.

Inisiatif "Data Untuk Semua" ini dirasmikan Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo dan turut dihadiri Setiausaha Parlimen Rahayu Mahzam di Festival Digital for Life atau Digital Sepanjang Hayat siang tadi.

"Ini adalah usaha bersama syarikat telko yang dapat membantu golongan tertentu seperti mereka yang lebih tua, membantu mereka berhubung dengan sanak-saudara dan untuk kanak-kanak. Ini kerana sekarang kita masih lagi ada pembelajaran yang hibrid dengan adanya pembelajaran online".

"Ini membantu mereka melakukan kerja sekolah mereka dan menjangkau bahan-bahan online dan juga bagi mereka yang kurang upaya, mereka boleh menggunakan data untuk meningkatkan kemahiran," kata Setiausaha Parlimen Rahayu Mahzam.

"Untuk penjaga mereka, ini dapat mempermudahkan kehidupan mereka seperti memberi barang dalam talian dan sebagainya. Jadi ini adalah satu cara untuk kita memastikan proses ini inklusif dan kita membantu semua," tambah Cik Rahayu.

Sumber : CNA/IZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan