Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,000 pekerja hijrahan Muslim sambut Aidilfitri di Pusat Rekreasi Tuas South

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 3,000 pekerja dari 10 dormitori telah disantuni Kumpulan Jaminan, Jagaan dan Pendampingan (ACE) milik Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sejak pagi Syawal.

"Bagi anda semua, para pekerja hijrahan Muslim, Eid Mubarak dan semoga hari ini indah buat anda semua," ujar Dr Tan See Leng

Acara sepanjang hari di Pusat Rekreasi Tuas South ini bermula awal pagi dengan solat Eid beramai-ramai.

Sekitar 3,000 pekerja hijrahan yang berpeluang ikut serta dalam sambutan itu kemudian dihiburkan dengan pelbagai persembahan pentas serta permainan karnival.

Suasananya yang begitu meriah amat jauh berbeza daripada sambutan Syawal yang hambar sebelum ini kerana sekatan COVID-19.

Dalam kesempatan ini, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng mengungkapkan rasa terima kasih atas segala pengorbanan para pekerja hijrahan semasa pandemik.
 

Sumber : CNA/IQ/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan