Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,000 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah akan raih manfaat derma S$1.1 juta

Seramai 3,000 kanak-kanak dari keluarga-keluarga berpendapatan rendah akan meraih manfaat daripada sumbangan derma baru bernilai $1.1 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jun 2022 08:46PM Dikemas Kini : 22 Jun 2022 05:10PM

SINGAPURA: Seramai 3,000 kanak-kanak dari keluarga-keluarga berpendapatan rendah akan meraih manfaat daripada sumbangan derma baru bernilai $1.1 juta.

Dana itu akan digunakan untuk membantu kanak-kanak menjadi celik huruf dari usia awal lagi serta menyediakan sumber-sumber sesuai demi memenuhi keperluan pembelajaran dan pembangunan mereka.

Wang itu didermakan oleh SP Group kepada KidSTART - satu program sokongan pendidikan awal.

Ia tambahan kepada derma $1 juta oleh SP pada tahun lalu.

Beberapa inisiatif baru yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak, akan dilancarkan dengan adanya dana terbaru itu.

Ia termasuk permainan interaktif yang diberi nama 'KidSTART Sea Adventures', yang bertujuan mempertingkatkan daya kreativiti kanak-kanak.

KidSTART Stories, satu program yang ingin memupuk tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak, pula akan dilancarkan pada lewat tahun ini.

Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling berkata: "Pemerintah kita juga komited untuk membangunkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan inklusif.

"Kami telah membincangkan perkara itu dan kami mahu memastikan agar anak-anak kami mempunyai permulaan yang baik kerana ia penting bagi membolehkan mereka mencapai (kehidupan yang baik).

"Oleh itu, kami amat berbesar hati kepada rakan-rakan kerja seperti SP Group, yang telah menunjukkan bagaimana syarikat-syarikat korporat boleh memainkan peranan dalam sama-sama membangunkan sebuah masyarakat yang banyak peluang, secara bersama."

picpic
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan