3,000 anggota NSmen terlibat dalam latihan kerahan pertama 2026
SINGAPURA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) mahu memastikan masa yang diluangkan bagi menjalani Perkhidmatan Negara menjadi lebih cekap dan bermakna.
Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad berkata demikian semasa latihan kerahan terbuka yang pertama bagi tahun ini, melibatkan sekitar 3,000 anggota kerahan NS di Kem Selarang pada Sabtu (7 Feb).
Satu ciri baharu aplikasi OneNS yang diperkenalkan tahun lalu, juga membantu mengurangkan masa latihan sehingga sebanyak 1.5 jam.
"Jadi dengan aplikasi mobilisasi ini,kita dapat melihat kerahan tentera dan siap siaga tentera kita, unit kita,di mana dari segi tenaga kerja hingga anggota dan persiapan kita untuk kerahan nanti," kata Timbalan Pegawai Perubatan Bahagian, MAJ Saiful Nizam Subari.
"Kita lihat perkembangan dalam landskap ketenteraan, di mana kita boleh menggunakan masa dan juga kemahiran NSmen kita dengan lebih baik.
"Tetapi apa juga yang penting adalah latihan seperti ini menunjukkan bagaimana seluruh Singapura dapat bekerjasama - pemerintah, pihak tentera, masyarakat dan juga majikan dapat bekerjasama, apabila kita mempunyai krisis di Singapura," kata Menteri Negara Kanan Pertahanan, Zaqy Mohamad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.