Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

300 peserta hadiri Seminar Al-Quran pertama sempena Sentuhan Ramadan 2018

Seminar Al-Quran dianjurkan buat julung-julung kalinya di Singapura hari ini (9 Jun) oleh jawatankuasa kempen Sentuhan Ramadan 2018. 

Anggaran Waktu Membaca:
300 peserta hadiri Seminar Al-Quran pertama sempena Sentuhan Ramadan 2018

Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram di Seminar Al-Quran 2018 (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Seminar Al-Quran dianjurkan buat julung-julung kalinya di Singapura hari ini (9 Jun)oleh jawatankuasa kempen Sentuhan Ramadan 2018.

Berlangsung di Auditorium Masjid Sultan, acara yang dihadiri sekitar 300 peserta ini mengupas tema acara iaitu 'Peranan serta fungsi Al-Quran sebagai wahyu dalam kehidupan bermasyarakat'.

Ceramah dan perbincangan yang dianjurkan dipimpin oleh para asatizah, termasuk Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Antara lain, para penceramah menekankan pentingnya memahami dan menghayati Al-Quran bagi mengembangkan bidang dakwah, pendidikan serta institusi fatwa yang relevan dalam kehidupan masyarakat hari kini.

Masyarakat juga diseru supaya memahami perubahan zaman serta budaya dengan baik supaya dapat mengekalkan fungsi Al-Quran sebagai wahyu yang berkesan dalam masyarakat.

Turut disentuh adalah cara-cara kreatif dan interaktif yang boleh diamalkan oleh para ibu bapa untuk memupuk minat membaca Al-Quran dalam anak-anak mereka.

Mengulas mengenai acara ini, Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram berkata: “Matlamat yang ingin dicapai adalah merancakkan lagi kegiatan dalam masyarakat untuk mempertingkatkan lagi penghayatan kita terhadap kandungan Al Quran dan menjadikan Al Quran itu relevan dengan kehidupan kita, bukan sesuatu yang dibaca sekadar mendapatkan pahala, bukan sesuatu yang kita dengar pengisiannya untuk kehidupan akhirat sahaja tetapi pembentangan hari ini menunjukkan bahawa masih banyak lagi perlu kita lakukan untuk menjernihkan lagi kekeliruan-kekeliruan, tentang konsep-konsep tertentu dalam Al Quran supaya ia terus kekal relevan dalam kehidupan kita.”

Acara ini adalah sebahagian daripada Sinar Ramadan bersama Mufti 2018, yang diadakan sempena Night of Power, iaitu acara tahunan yang dianjurkan oleh jawatankuasa Sentuhan Ramadan.

Pada sebelah malam ini pula, Mufti Negara diundang sebagai moderator bagi acara ‘Youth Talk’ bersama ahli panel Ustaz Kamal Mokhtar dan Ustaz Zahid Zin.

Golongan belia dan keluarga mereka turut dipelawa untuk bermalam di Masjid Sultan untuk Qiyamul lail serta Kuliah Subuh pada awal pagi Ahad 10 Jun, yang dikendalikan oleh Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan