Skip to main content

Singapura

300 penduduk Marsiling-Yew Tee ikrar 'hijrah' amal gaya hidup sihat

Anggaran Waktu Membaca:
300 penduduk Marsiling-Yew Tee ikrar 'hijrah' amal gaya hidup sihat

(Gambar: Persatuan Rakyat)

Diterbitkan : 29 Jul 2023 06:25PM Dikemas Kini : 31 Jul 2023 09:13PM
SINGAPURA: Hampir 300 penduduk GRC Marsiling-Yew Tee menyertai acara berjalan beramai-ramai, 'Hijrah Walk' pada Sabtu (29 Jul), di Taman Limbang, dalam usaha memulakan gaya hidup sihat.

Sebagai menandakan komitmen itu, inisiatif kesihatan masyarakat “Jom Sihat Bersama M3@Marsiling-Yew Tee" dilancarkan Penasihat pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee iaitu Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong, Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad, Datuk Bandar Alex Yam dan Cik Hany Soh.

Kegiatan Perjalanan Hijrah itu juga mahu menggalak masyarakat GRC Marsiling-Yew Tee lebih memahami budaya dan agama kaum lain selain menggalak perpaduan sosial dalam masyarakat berbilang kaum Singapura.

"Hijrah Walk tahun ini menandakan perjalanan seseorang ke arah kebaikan - yang pertama dalam membina masyarakat baik hati dan berbudi, dan kedua, untuk menekankan lagi pentingnya kesihatan," kata Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad.

"Menerusi platform ini, kami mahu melibatkan masyarakat Melayu/Islam dan rakan kongsi untuk menjadi lebih aktif dalam penilaian gaya hidup dan kesihatan mereka," tambahnya.
Related article image
(Gambar: Persatuan Rakyat)
Pelancaran Jom Sihat Bersama M3@MYT juga memperkenalkan “Gaya Sihat @ Marsiling-Yew Tee”, sebuah program gaya hidup sihat menyeluruh selama 10 minggu dengan kerjasama program Saham Kesihatan Lembaga Penggalakan Kesihatan
(HPB) dan Woodlands Health.

Program mingguan itu yang terdiri daripada kegiatan fizikal dan sesi perkongsian kesihatan serta kecergasan dijadual dilancarkan pada September.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita