300 pegawai dipaksa diturunkan pangkat; kesatuan sekerja ambil tindakan terhadap agensi keselamatan SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail seorang pengawal keselamatan (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Sebuah agensi keselamatan menurunkan pangkat sekitar 300 pegawainya dan menarik balik tindakannya itu selepas pihak kesatuan sekerja bertindak untuk campur tangan.
Agensi tersebut kemudian melanjutkan waktu bekerja pegawainya itu dalam usaha berterusan untuk "menetapkan semula" syarat gaji dan pekerjaan mereka.
Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) dan Kementeriaan Tenaga Manusia (MOM) sedang berunding dengan pekerja terjejas berhubung "langkah-langkah susulan", kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Ng Chee Meng, dalam satu kenyataan pada Selasa (7 Feb).
Menyifatkan kes itu sebagai "satu tingkah laku yang buruk", Encik Ng berkata USE dimaklumkan oleh beberapa anggota pada lewat tahun lalu mengenai amalan agensi keselamatan yang tidak dinamakan itu, yang menggajikan lebih 1,000 pegawai.
"Memandangkan ia tidak lagi mempunyai kontrak untuk mengekalkan 300 pegawai itu pada pangkat mereka sekarang, agensi tersebut mengambil tindakan menurunkan pangkat mereka secara paksa," kata Encik Ng.
Agensi itu bersetuju untuk tidak melakukan perkara tersebut selepas USE campur tangan, namun kemudian mengambil langkah untuk melanjutkan waktu kerja pegawai berkenaan.
"Disebabkan tindakan tidak adil dan sepihak ini, USE melibatkan MOM untuk mencapai satu kata sepakat," kata Encik Ng.
"NTUC dan USE sedang memantau rapi kes ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika agensi itu tidak mematuhi arahan."
Encik Ng menarik perhatian bahawa gaji asas bagi pegawai keselamatan, sebelum kerja lembur meningkat daripada S$1,100 pada 2016 kepada S$1,650 sekarang.
Jawatankuasa Kelompok Tiga Pihak Keselamatan menyarankan jumlah tersebut dinaikkan kepada S$2,650 bermula 2024.
"Ini akan memastikan pegawai keselamatan mendapat kenaikan gaji yang mampan tanpa perlu melakukan kerja lembur untuk mendapatkan gaji lebih tinggi," tambah Encik Ng.
"Dengan menetapkan gaji asas sebanyak S$2,650, pegawai keselamatan akan dapat berunding bagi mendapatkan syarat pekerjaan lebih baik dengan majikan mereka dan memberi tumpuan kepada mengurangkan keseluruhan waktu kerja mereka."
Kelompok itu - yang dibentuk pada 2013 untuk meneliti model gaji progresif bagi industri keselamatan - juga mencadangkan menghadkan waktu kerja tambahan (melebihi minggu kerja 44 jam) pada 72 jam sebulan.
Encik Ng pada Selasa berkata bahawa NTUC dan rakan kerja kesatuannya, akan memastikan pekerja meraih faedah seperti yang ditetapkan di bawah model gaji progresif.
Struktur gaji itu dijangka memanfaatkan 94 peratus, atau sekitar 234,000 pekerja bergaji rendah, merangkumi industri keselamatan, pembersihan, runcit dan landskap. Ia akan diperluaskan kepada industri khidmat makanan dan pengurusan sisa pada tahun ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.