Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

300 mahasiswa ikuti kursus IoT sejak dimulakan pada Ogos 2015

Menangani masalah kedai kopi yang penuh sesak dan meramalkan terjadi kerosakan tangga bergerak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Dec 2018 09:25PM Dikemas Kini : 02 Dec 2018 10:28PM

SINGAPURA: Menangani masalah kedai kopi yang penuh sesak dan meramalkan terjadi kerosakan tangga bergerak.

Itulah antara huraian diketengahkan para mahasiswa Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dalam kursus Internet of Things.

Projek-projek itu mungkin dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Kedai kopi yang penuh dengan pelanggan mungkin bukan satu masalah lagi dengan menggunakan sistem ini.

Ia menghuraikan masalah tempat duduk tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

Projek 'Tissue Issue' tersebut boleh mengesan tempat duduk yang kosong.

Jika kameranya mengesan barang seperti pinggan di atas meja, lampu kuning akan bernyala semenetara lampu hijau pula memberi isyarat tiada kegiatan, menandakan tempat duduk itu kosong.

Ia juga dapat memberitahu para pekerja pembersihan jika meja-meja perlu dibersihkan.

Satu lagi ialah 'Project Esc' yang memantau gegaran, kadar cahaya serta suhu di tangga bergerak dan dengan serta merta memaklumkan pihak pengurusan tentang kejanggalan yang dikesan.

Melalui analisis data, ia boleh meramalkan jika kerosakan akan berlaku.

Perkara tersebut boleh mengurangkan kos pemeriksaan manual yang kerap.

Lebih 300 mahasiswa sudah mengambil kursus IoT sejak dimulakan pada Ogos 2015.

Pada penggal ini, SMU bekerjasama dengan NTUC Club dan firma hartanah Mercatus yang akan memberi maklum balas terhadap projek mereka dan mungkin akan melaksanakan huraian-huraian itu.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan