300,000 'Meter Air Bijak' di bangunan kediaman, komersil jelang 2023
300,000 'Meter Air Bijak' akan dipasang di bangunan-bangunan kediaman, komersil dan perusahaan menjelang tahun 2023.
SINGAPURA: 300,000 'Meter Air Bijak' akan dipasang di bangunan-bangunan kediaman, komersil dan perusahaan menjelang tahun 2023.
Ia merupakan fasa pertama Program Meter Air Bijak PUB setelah ujian-ujian dijalankan dalam tahun 2016 dan 2018.
Sekarang ini terdapat sekitar 1.6 juta alat pengukur meter air di merata Singapura, yang dibaca secara manual sekali setiap dua bulan.
Sebaliknya Meter Air Bijak berupaya membaca paras penggunaan air beberapa kali dalam masa sehari, serta menghantar data itu setiap hari kepada PUB.
Menurut PUB, meter baru itu akan meningkatkan kecekapan dan dapat membantu mengesan sebarang kebocoran lebih awal.
Para pengguna juga akan dapat memantau data penggunaan air, melalui aplikasi portal online.
Bagi memulakan inisiatif itu, PUB akan mengeluarkan tender untuk melantik spesialis yang akan menilai dan menasihati mengenai pemasangan meter bijak itu.
Proses pemasangan dijangka bermula awal 2021.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.