Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30% pekerja perlu belajar kemahiran baru setiap tahun, kata Chan Chun Sing

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sehingga 30 peratus tenaga kerja tempatan mungkin perlu mempelajari sesuatu yang baru setiap tahun, demi memastikan Singapura kekal berdaya saing.

"Menokok" kemahiran secara kerap seperti sedemikian, dapat melengkapi keperluan syarikat-syarikat yang mahukan bakat antarabangsa.

Ini kerana pekerjaan nilai tambah tinggi tidak lagi terbatas kepada lokasi tertentu.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menyuarakan demikian semasa berucap di acara anjuran Institut Pengurusan Singapura pada Selasa (20 Sep).

"Lakukan lebih untuk rangka cabaran-cabaran masa depan dan mencari huraian-huraian masa depan. Bergeraklah melewati pentauliahan untuk menjadi lebih relevan dan mempunyai kemahiran semasa. Bergeraklah melewati konsep bakat tempatan yang dilengkapi bakat asing di Singapura, sebaliknya perhatikan kepada rangkaian bakat global yang kita ada di Singapura dan seterusnya yang akan menentukan daya saing kita," kata Encik Chan.

Acara berkenaan berpusat kepada tema masa depan pekerjaan.

Para penceramah lain termasuklah tokoh peniaga dan pencipta perkakas, James Dyson yang menyentuh tentang peri pentingnya pembelajaran sepanjang hayat.

Para pemimpin korporat dari Singtel dan Microsoft pula yang bercakap tentang trend-trend kesihatan mental di tempat kerja.
Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan