Skip to main content

Singapura

30% orang bujang tidak minat cari pasangan: Tinjauan Sayap Wanita PAP

Anggaran Waktu Membaca:
30% orang bujang tidak minat cari pasangan: Tinjauan Sayap Wanita PAP

(Gambar: Agnes Lim\Facebook)

Diterbitkan : 20 Sep 2025 09:09PM Dikemas Kini : 20 Sep 2025 09:10PM

SINGAPURA: Hampir sepertiga golongan dewasa bujang berkata mereka tidak berminat untuk mencari pasangan.

Ini menurut satu tinjauan baharu yang dijalankan oleh Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan rakan-rakan kongsinya. 

Tinjauan melibatkan 2,000 rakyat Singapura itu antara pelbagai inisiatif pemerintah untuk mendampingi penduduk berhubung soal percintaan, perkahwinan dan keibubapaan.

Di sidang tahunannya, Sayap Wanita PAP memberi amaran tentang cabaran pembinaan keluarga yang semakin mendalam.

Para anggota panel meneroka cara bagi memberi sokongan kepada orang bujang dan para pasangan, di tengah-tengah penemuan bahawa lebih empat daripada 10 pasangan yang mendirikan rumah tangga yang tidak mempunyai zuriat, tidak merancang untuk mempunyai anak, selalunya disebabkan oleh kebimbangan terhadap kewangan.

Pengerusi Sayap Wanita PAP Sim Ann berkata: "Ia menunjukkan bahawa tumpuan pemerintah selama beberapa tahun kebelakangan ini untuk menangani kos penjagaan kanak-kanak, prasekolah dan perbelanjaan lain berkaitan kanak-kanak sangat diperlukan."

"Dan di Sayap Wanita, kami merasakan bahawa tumpuan dasar terhadap perkara ini perlu dikekalkan dan diteruskan. Dan kami merasakan bahawa kadar kelahiran kekal serupa," tambah Cik Sim.

"Kami sentiasa perlu memerhatikan isu kos. Kami mahu memastikan bahawa faktor ini adalah sesuatu yang kekal terurus untuk pasangan dan keluarga, supaya lebih ramai orang dapat memeunhi impian mereka untuk mempunyai kanak-kanak bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan."

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita