Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30% lebih pelanggan berbelanja sempena Krismas

Anggaran Waktu Membaca:
30% lebih pelanggan berbelanja sempena Krismas

Keadaan di Orchard Road menjelang Krismas pada 14 Disember 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Kegiatan membeli-belah pada saat-saat akhir menjelang Krismas esok (25 Dis) berjalan rancak di negara ini.

Pandemik COVID-19 seolah-olah tidak menjadi hambatan untuk orang ramai berbelanja dalam musim perayaan sekarang.

Jumlah pengunjung ke tempat-tempat beli-belah naik lebih 30 peratus berbanding tahun lepas walaupun masih rendah dibandingkan semasa belum berlaku pandemik.

Orang ramai yang berkunjung ke Orchard Road berkata mereka tidak begitu khuatir dengan penularan varian Omicron di negara ini kerana sudah lengkap divaksin.

Para peruncit pula tidak mahu melepaskan peluang untuk meningkatkan jualan mereka dalam musim perayaan ini.

Contohnya, jenama pakaian tempatan Love Bonito menganjurkan kegiatan di dalam kedai untuk menarik pelanggan. 

Jumlah pelanggannya naik 20 peratus daripada bulan Disember tahun lalu. 

Buat masa sekarang, hiasan di pusat-pusat beli belah berhasil mewujudkan suasana perayaan.

Namun, menjelang berakhirnya tahun 2021 ini, para peruncit berkata kemunculan varian Omicron mencetuskan semula keadaan tidak menentu bagi perniagaan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/MA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan