Skip to main content

Singapura

30 kanak-kanak prasekolah MindChamps Tanglin terjejas akibat gastroenteritis

Pihak berkuasa sedang menyiasat kes 30 kanak-kanak di sebuah prasekolah MindChamps di Tanglin dengan tanda-tanda radang perut dan usus, atau gastroenteritis.

Anggaran Waktu Membaca:
30 kanak-kanak prasekolah MindChamps Tanglin terjejas akibat gastroenteritis

Gambar MindChamps PreSchool@Tanglin. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 02:05PM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 02:07PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menyiasat kes 30 kanak-kanak di sebuah prasekolah MindChamps di Tanglin dengan tanda-tanda radang perut dan usus, atau gastroenteritis.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini (27 Feb), pihak berkuasa sudahpun menjalankan pemeriksaan di MindChamps PreSchool@Tanglin pada 25 Februari.

NEA juga memeriksa tempat syarkat khidmat katering pada hari yang sama.

"Sebagai sebahagian daripada siasatan itu, seorang pengendali makanan dihantar untuk menjalani pemeriksaan sampel najis. Contoh makanan dan sekitaran juga diambil untuk diuji. Siasatan sedang dijalankan," menurut kenyataan itu lagi.

Secara keseluruhannya, 31 orang mengalami tanda-tanda gastroenteritis setakat pukul 12.00 tengah hari semalam (26 Feb). Dua daripada mereka dimasukkan ke hospital dan sudahpun dibenarkan pulang, menurut kenyataan berkenaan.

Secara bersaingan, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) menyatakan bahawa semua 30 kanak-kanak yang terjejas sama ada sedang beransur pulih di rumah ataupun sudah kembali ke sekolah.

"Seorang kakitangan yang terjejas diberikan cuti sakit dan sedang beransur pulih di rumah. ECDA sedang bekerjasama dengan pihak pengendali bagi memastikan kesejahteraan semua kanak-kanak dan kakitangannya," menurut agensi itu lagi.

Menurut laporan 8world, seorang ibu berkata anak perempuannya dari peringkat K1 muntah-muntah selepas makan tengah hari di prasekolah itu pada 21 dan 22 Februari.

Beliau kemudian membawa anaknya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) serta memaklumkan prasekolah tersebut mengenai insiden itu.

Mediacorp sudah pun menghubungi MindChamps untuk mendapatkan reaksinya mengenai insiden tersebut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita