Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30 jemaah S'pura positif COVID-19 tetap dapat teruskan ibadah haji meski dalam pengasingan

Kesemua 900 jemaah haji Singapura selamat mengerjakan wukuf di Arafah, termasuklah sekitar 30 jemaah Singapura yang positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
ARAFAH: Kesemua 900 jemaah haji Singapura selamat mengerjakan wukuf di Arafah.

Ini termasuklah sekitar 30 jemaah Singapura yang positif COVID-19.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, yang memimpin rombongan haji Singapura kali ini.

Para jemaah lain yang kami temui juga umumnya melahirkan rasa gembira dengan perjalanan haji mereka sejauh ini.

Seramai juta jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi sudah memulakan ibadah wukuf di padang Arafah petang tadi (8 Jul) bagi kemuncak ibadah haji 2022.

Pagi tadi, sebelum bermulanya ibadah berwukuf di padang Arafah, Encik Masagos yang juga merupakan Ketua Delegasi Haji Singapura tahun ini, sempat beramah mesra dengan para jemaah Singapura di kem masing-masing.

"Alhamdulillah hari ini sebelum Zohor semua jemaah Singapura telah pun dapat bertempat di arafah untuk memulai wukuf.

"Alhamdulillah semua telah diizinkan oleh pihak Saudi untuk bersama-sama wukuf dengan kita semua termasuk mereka yang dijangkiti COVID-19 kerana gejala mereka begitu ringan. Ini berjumlah 30 daripada yang jemaah Singapura yang ada di sini," jelas Encik Masagos.

PERJALANAN KE ARAFAH 'LANCAR'

Majoriti jemaah haji Singapura sudahpun berada di Arafah sejak petang semalam (7 Jul).

Perjalanan mereka umumnya cukup lancar.

Salah seorang jemaah berkata: "Semalam Alhamdulillah, kita bertolak dari Shisha dalam jam 11.00 dan berjalan lancar. Kita pun jangka, sudah dekat hari wukuf itu, mungkin saya ingat jalan raya sesak tapi Alhamdulillah lancar daripada Shisha."

Sementara menunggu bermulanya ibadah wukuf selepas zohor waktu Saudi, para jemaah beribadah dan bersolat secara berkumpulan.

Malam nanti selepas waktu Maghrib, para jemaah akan bergerak meninggalkan Arafah untuk singgah di Muzdalifah, sebelum ke Mina untuk lontaran jamrah pertama.

Pengarah ST&T, Dr Ammar Angullia berkata: "Kita juga mengingatkan jemaah kita supaya banyak rehat, jangan terlalu memaksa diri dan kerana selepas ini mereka akan mengambil bas ke Muzdalifah dan dari Muzdalifah, mereka akan pergi ke Mina dan di situ mereka akan berjalan kaki sebanyak empat kilometer ke jamrah untuk membuat jamrah akaba.

"Dari situ dari tempat jamrah, di keliling Mina, mereka akan berjalan lagi dua kilometer ke tempat shisha iaitu tempat kediaman mereka."
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan