Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30 dron pantau taman, kawasan semula jadi terpilih; pastikan pengunjung patuhi jarak selamat

Dron-dron akan digunakan bagi memantau jumlah pengunjung ke taman-taman di sini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Apr 2020 07:28PM Dikemas Kini : 10 Apr 2020 11:12PM

SINGAPURA: Dron-dron akan digunakan bagi memantau jumlah pengunjung ke taman-taman di sini.

Lembaga Taman Negara atau NParks akan menggunakan teknologi sedemikian bagi memastikan para pengunjung mematuhi langkah-langkah jaga jarak selamat yang diperketat.

Pemantauan menggunakan dron di taman-taman merata Singapura dan kawasan semula jadi akan melengkapi portal Safe Distance@Parks yang dilancarkan minggu lalu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terbaru berhubung kawasan yang sesak atau lengang di portal itu supaya mereka boleh melakukan senaman dengan mudah serta mengurangkan masa perjalanan.

NParks menyatakan lebih 30 dron akan dikerahkan di beberapa taman dan kawasan semula jadi yang lebih luas seperti Hutan Simpanan Bukit Timah.

Pihak berkuasa pada Khamis (9 Apr) mengumumkan penutupan stadium-stadium mulai Jumaat bagi membendung penularan Covid-19.

Jika perlu, kemasukan ke taman-taman juga akan dikawal dengan ketat.

NParks mengerahkan sekitar 1,000 petugas bagi menguatkuasakan langkah-langkah jaga jarak selamat seperti mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain di semua taman, kebun dan hutan simpanan.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan