Skip to main content

Singapura

30 bekas pesalah wanita berserta anak mereka diundang melawat Istana

Sekitar 30 bekas pesalah wanita bersama anak-anak mereka diundang melawat taman Istana pada Sabtu (13 Mac). Lawatan tersebut adalah yang pertama dalam masa setahun sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Mar 2021 07:01PM Dikemas Kini : 14 Mar 2021 12:19AM

SINGAPURA: Sekitar 30 bekas pesalah wanita bersama anak-anak mereka diundang melawat taman Istana pada Sabtu (13 Mac). Lawatan tersebut adalah yang pertama dalam masa setahun sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Presiden Halimah Yacob turut mengadakan sesi membaca sebuah buku kepada kanak-kanak, berjudul "Love Beyond the Walls" (Cinta Melewati Tembok).

Buku itu tulisan para ibu kanak-kanak tersebut semasa mereka menjalani hukuman di dalam penjara.

Ini sebahagian daripada usaha pertubuhan tidak mencari untung, "New Life Stories".

Pertubuhan itu membantu kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa di dalam penjara dengan kemahiran membaca dan sosial, bagi memastikan kanak-kanak tersebut tidak ketinggalan dalam tahun-tahun awal perkembangan mereka.

"Saya rasa ini satu mesej yang amat luar biasa kerana ia memberikan sokongan kepada anak-anak bahawa mereka tidak terbiar, tidak terpisah daripada kasih sayang ibu mereka," kata Presiden Halimah.

"Pada masa yang sama, pada mereka yang ibu-ibu yang dipenjarakan, ia merupakan sokongan daripada keluarga dan masyarakat kerana kajian menunjukkan bahawa bagi wanita-wanita yang dipenjarakan, sokongan dari masyarakat dan keluarga amat penting supaya mereka tidak melakukan kesalahan lagi selepas mereka dibebaskan."

Pengarah eksekutif New Life Stories, Saleemah Ismail, berkata: "Kalau kita tidak memberi tumpuan awal pada pendidikan mereka, tumpuan dan sokongan bagi mengatasi trauma ini - trauma mental, emosi dan fizikal - ia akan berpanjangan. Sebab itu, ini adalah kepentingan program ini."  

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita