Skip to main content

Singapura

30 badan Melayu/Islam berhimpun bagi perluaskan usaha perkasa golongan belia

Satu sesi rangkaian kerja diadakan bagi menghimpunkan para wakil daripada 30 badan Melayu/Islam.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu sesi rangkaian kerja diadakan bagi menghimpunkan para wakil daripada 30 badan Melayu/Islam.

Ia bertujuan memperluaskan usaha mendampingi dan memperkasa golongan belia.

Ini dilakukan menerusi sesi rangkaian kerja disertai lebih 100 wakil badan-badan Melayu/Islam di Wisma Geylang Serai pada Rabu (25 Sep).

Selaras dengan Bidang Tumpuan Ketiga M³, sesi itu juga bertujuan mengukuhkan lagi rangkaian kerjasama antara M³ dengan badan-badan Melayu/Islam tersebut.

KONGSI TENTANG SUMBER, SOKONGAN DANA

Melalui sesi dua jam yang dipimpin Anggota Parlimen GRC Jurong Rahayu Mahzam, mereka dimaklumkan tentang sumber dan sokongan dana tersedia bagi menjalankan program-program belia.

Antara badan Melayu/Islam yang hadir adalah 4PM, OnePeople.SG, Jamiyah dan Rangkaian Belia Asatizah (AYN).

Di akhir sesi tersebut, para peserta juga lebih mengenali kegiatan belia yang dianjurkan oleh badan masing-masing dan ini meluaskan ruang untuk kerjasama.

Pengarah Eksekutif The Green Apple Project, Encik Syed D Jailani berkongsi pendapat: "Apa yang betul-betul menarik minat saya dalam satu sesi ini adalah saya boleh bergabung tenaga dengan M³ untuk mendapatkan mentor, kerana mendapatkan mentor adalah salah satu cabaran bagi saya sendiri, untuk membantu saya dalam program-program yang kami jalankan di sekolah.

LAHIR HARAPAN PERKASAKAN PROGRAM BELIA

Sehubungan itu, M³ menetapkan sasaran mendapatkan 1,000 mentor untuk belia menjelang tahun depan. Setakat ini, sekitar 480 mentor sudahpun berjaya dikumpulkan.

Cik Rahayu juga melahirkan harapan sesi tersebut dapat menguatkan lagi rangkaian kerjasama antara badan-badan Melayu/Islam tempatan dengan M³.

"Diharapkan mereka rasa terkesan, mahu turun padang sama-sama memperkuat dan memperkasakan program-program mereka dengan sokongan kita dan kita dapat lihat kolaborasi yang lebih mendalam antara kumpulan-kumpulan ini."

Ini kali pertama sesi rangkaian kerja seumpama ini diadakan di bawah Bidang Tumpuan Ketiga M³. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita