Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30,000 seragam lama posmen dikitar semula jadi produk gaya hidup demi amal

Hasil penjualan 12 produk gaya hidup diperbuat daripada seragam lama pekerja SingPost itu akan didermakan.

Anggaran Waktu Membaca:
30,000 seragam lama posmen dikitar semula jadi produk gaya hidup demi amal

(Gambar: Facebook/SingPost)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 08:07PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 08:14PM

SINGAPURA: Satu inisiatif untuk mengiktiraf khidmat penting dijalankan pekerja pos di tengah-tengah COVID-19 dilancarkan.

Lebih 30,000 seragam lama posmen akan dikitar semula di bawah usaha bersama SingPost dan CDC Barat Laut.

Hampir 140 orang terlibat dalam projek itu yang menyaksikan kerjasama tiga perusahaan sosial tempatan.

Inisiatif itu memberi warga emas dan pengasuh di rumah sumber pendapatan sedang ramai daripada mereka hilang pekerjaan semasa pandemik.

Seragam lama itu dibersihkan sebelum ditukar menjadi 12 produk gaya hidup seperti beg, alas bantal dan tikar.

Orang ramai boleh mendapatkannya secara online dan di pejabat pos tertentu dengan kesemua hasil penjualan akan didermakan.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan