Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30,000 pokok akan ditanam di Pulau Jurong dalam beberapa tahun akan datang

Lebih 30,000 batang pokok akan ditanam di Pulau Jurong dalam beberapa tahun akan datang - sebahagian usaha meredakan suhu cuaca di estet-estet perindustrian di situ di bawah satu kerjasama oleh agensi pemerintah Perbadanan JTC dengan NParks.

Anggaran Waktu Membaca:
30,000 pokok akan ditanam di Pulau Jurong dalam beberapa tahun akan datang
Diterbitkan : 03 Nov 2019 09:36PM Dikemas Kini : 03 Nov 2019 09:49PM

SINGAPURA: Lebih 30,000 batang pokok akan ditanam di Pulau Jurong dalam beberapa tahun akan datang.

Ia adalah sebahagian daripada usaha meredakan suhu cuaca di estet-estet perindustrian di sini di bawah satu kerjasama oleh agensi pemerintah Perbadanan JTC dengan Lembaga Taman Negara (NParks).

Kawasan Banyan Avenue yang terletak di Pulau Jurong kelihatan seperti kawasan perindustrian biasa.

Namun perkara itu akan berubah, apabila 30,000 pokok ditanam di merata pulau itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sejauh ini, 2,000 batang pokok sudah ditanam sejak Mac lalu.

Pulau Jurong menempatkan lebih 100 syarikat minyak dan bahan kimia.

Dengan bantuan syarikat-syarikat berkenaan, JTC menyatakan lebih S$500,000 berjaya dikumpulkan untuk inisiatif ini.

JTC akan terus memantau suhu cuaca untuk memastikan langkah tersebut berkesan.

Namun begitu, para pakar iklim berkata inisiatif sebegini tidak cukup dalam mengharungi perubahan iklim.

Lebih banyak usaha menghijau perlu dijalankan terutama sekali di kawasan bandar.

Satu 'ujian' sebelum ini dijalankan di Seletar Aerospace Park pada awal bulan lalu.

40 pokok ditanam dan sebuah taman tanah basah bakal dilancarkan tahun depan.

JTC yang memiliki lebih 80 peratus estet perindustrian di sini menambah bahawa badan itu akan memperluaskan usaha menghijau ke kawasan lain seperti di Tuas.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan