Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30,000 alumni SUSS bakal dapat kredit pembelajaran bernilai S$500

Anggota alumni Unversiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang mendaftar bagi kursus mahasiswa, siswazah atau modul baru akan menerima kredit pembelajaran bernilai S$500 setiap seorang bermula Sabtu (8 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
30,000 alumni SUSS bakal dapat kredit pembelajaran bernilai S$500

Profesor Cheong Hee Kiat, Presiden, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 08 Sep 2018 05:19PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 05:26PM

SINGAPURA: Anggota alumni Unversiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang mendaftar bagi kursus mahasiswa, siswazah atau modul baru akan menerima kredit pembelajaran bernilai S$500 setiap seorang bermula Sabtu (8 Sep).

Sekitar 30,000 anggota alumni termasuk mereka yang merupakan siswazah di bekas Universiti SIM dahulu, layak menerima kredit yang tiada tarikh luput itu. Kredit itu boleh digunakan di samping skim alumni sedia ada universiti itu dan skim kredit nasional SkillsFuture.

Diumumkan pada Sabtu (8 Sep), kredit pembelajaran sepanjang hayat SUSS dilaksanakan bersamaan pelancaran Kolej Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (CLEL) SUSS di kampusnya di Clementi Road yang bertujuan memenuhi keperluan "pelajar", sebelum, semasa dan selepas menamatkan pengajian mereka di universiti.

Pada masa yang sama ia juga mendedahkan program SUSS Life yang bertujuan "menyediakan rakyat Singapura peluang-peluang bagi memenuhi tahap penuh potensi mereka sepanjang hayat mereka".

Sebagai sebuah institusi pendidikan perintis yang memberi tumpuan kepada pembelajaran sepanjang hayat, dibezakan dengan kriteria kemasukannya yang luas, berbilang laluan pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang pelbagai, SUSS menyatakan bahawa program itu adalah lanjutan misinya untuk menyediakan pendidikan holistik sepanjang "perjalanan hidup".

"Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan latihan yang semakin berkembang bagi tenaga kerja kita dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan sering berubah," menurut SUSS.

Program itu akan diterajui oleh CLEL baru universiti tersebut.

Di bawah CLEL baru, pelbagai kursus pembelajaran sepanjang hayat, inisiatif kerja sambil belajar, latihan amali, program pendedahan luar negara dan pembelajaran berlandaskan khidmat akan digabungkan untuk memenuhi keperluan pelajar dan "memudahkan pembelajaran sepanjang hayat".

CLEL BARU AKAN:

Menawarkan kursus-kursus peringkat lanjutan kepada anggota-anggota Perkhidmatan Negara serta pelajar-pelajar maktab rendah dan politeknik;

Mengendalikan inisiatif menggalak pembangunan pasukan dan latihan kepimpinan di kalangan pelajar;

Menawarkan kursus teras SUSS baru untuk menyelaraskan dan menggantikan kursus-kursus kurikulum, teras universiti dan sains kemasyarakatan universiti sedia ada;

Membenarkan penyampaian kursus modul CET dalam sektor-sektor seperti perakaunan, sains kesihatan gunaan, pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi;

Menyediakan para pelajar untuk latihan amali dan penempatan pekerjaan;

Menawarkan kursus global kepada rakyat Singapura dan para pelajar asing; dan

Mengadakan Program Penukaran Profesional. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan