Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 warga SG diberkas di M'sia sedang polis tumpaskan sindiket penipuan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga warga Singapura diberkas di Malaysia pada Isnin (26 Jun) kerana disyaki terlibat dalam hasil penipuan pengubahan wang haram.

Dua daripada mereka sudah dibawa ke Singapura pada Jumaat, manakala, satu lagi masih disiasat di Malaysia.

Tiga lelaki tersebut diberkas apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu sebuah kompleks apartmen di Johor pada Isnin.

Suspek-suspek, yang berusia antara 26 dengan 40 tahun, dipercayai bertanggungjawab menggubah wang haram yang berkait dengan lebih 50 kes penipuan yang dilaporkan di Singapura. Ini termasuk kes penipuan berhubung pelaburan, pekerjaan dan penyamaran.

Lebih S$2.9 juta lesap dalam kes-kes penipuan tersebut.

Siasatan awal menunjukkan suspek dipercayai memperolehi akaun bank Singapura menerusi pelbagai platform sembang termasuk Telegram dan Facebook untuk menjalankan pengubahan wang haram daripada hasil penipuan sindiket.
Gambar: SPF
Gambar: SPF
Serbuan tersebut dilakukan setelah PDRM dan Pasukan Polis Singapura (SPF) berkongsi maklumat mengenai kes-kes penipuan di Singapura.Siasatan bersama mengenal pasti sindiket pengubahan wang terbabit beroperasi di Johor, menurut SPF.

Dua daripada suspek tersebut berusia 34 dan 26 tahun, yang sudah dibawa ke Singapura, akan didakwa di mahkamah pada Sabtu kerana membantu suspek yang lain untuk mengekalkan faedah daripada tindakan jenayah.

Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda sehingga S$500,000, dipenjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi suspek sedang disiasat oleh PDRM atas kesalahan berasingan yang dilakukan di Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komersil SPF, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Shee Tek Tze menyatakan bahawa penipu sentiasa cuba untuk memperolehi lebih banyak akaun bank bagi mengendalikan kegiatan pengubahan wang haram mereka.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghiraukan tawaran bagi hasil wang yang cepat, termasuk tawaran-tawaran di platform sembang seperti Telegram dan Facebook, sebagai gantian untuk menggunakan bank akaun mereka.

Beliau menambah bahawa SPF akan terus menjalin kerjasama yang rapat dengan Polis Diraja Malaysia dalam menumpaskan sindiket rentas sempadan sedemikian.

SAC Shee turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Malaysia atas "sokongan dan komitmen padu mereka dalam membanteras sindiket penipuan rentas sempadan, yang menyasarkan rakyat-rakyat kami".
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan