3 warga M'sia dalang skim penipuan 'rakan palsu' diserahkan kepada SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga warga Malaysia diserahkan kepada Singapura pada Selasa (28 Mac) kerana disyaki terlibat dalam skim penipuan membabitkan panggilan 'rakan palsu' yang menyasarkan rakyat Singapura.
Dalam satu operasi bersama oleh Jabatan Ehwal Komersil (CAD) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketiga-tiga lelaki itu yang berusia antara 18 hingga 27 tahun, diberkas pada 20 Mac dalam serbuan yang dilancarkan ke atas sebuah kompleks apartmen di Johor.
Siasatan awal menunjukkan bahawa mereka memulakan operasi skim penipuan tersebut pada awal tahun ini dan dipercayai terlibat dalam lebih 40 aduan dengan jumlah kerugian melebihi S$250,000, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya pada Rabu (29 Mac).
Sejak Januari 2023, lebih 1,300 mangsa skim penipuan panggilan rakan palsu mengalami kerugian sekurang-kurangnya S$4.33 juta, menurut SPF.
Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding perangkaan yang dikeluarkan SPF pada 10 Mac yang mendedahkan seramai 945 mangsa kehilangan lebih S$3.2 juta sejak awal tahun ini.
Skim 'rakan palsu' seumpama itu lazimnya melibatkan pelaku menghubungi mangsa menerusi kiriman mesej atau panggilan telefon, menyamar diri sebagai kenalan mereka dan kemudian meminta bantuan kewangan.
"Kes skim penipuan panggilan rakan palsu semakin meningkat dan ia sangat membimbangkan," kata Pengarah CAD David Chew.
"Kami akan terus mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang menjadi dalang skim-skim tersebut, meskipun mereka berpangkalan di luar negara."
Ketiga-tiga warga Malaysia itu akan didakwa di mahkamah pada Khamis (30 Mac) kerana bersubahat untuk menipu.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan didenda.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.