3 warga China dengan permit kerja palsu di SG godam laman judi, miliki data pemerintah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga lelaki dari Henan, China, datang ke Singapura bagi tawaran pekerjaan oleh seorang warga Ni-Vanuatu dan kemudian ditempatkan di sebuah banglo untuk melakukan penggodaman ke atas laman perjudian dan mendapatkan akses haram ke syarikat perkhidmatan SMS China.
Lelaki-lelaki itu kemudian dibayar AS$3 juta (S$3.9 juta) dalam mata wang kripto bagi kerja mereka.
Serbuan polis ke atas banglo Mount Sinai, di mana mereka tinggal, mendedahkan fail berkaitan perisian hasad pada peranti mereka, termasuk trojan akses jarak jauh (RAT) yang dikaitkan dengan plugX dan kumpulan penggodam yang dikenali, Shadow Brokers.
plugX adalah RAT canggih yang dikaitkan dengan ancaman berterusan canggih atau kumpulan penggodam yang ditaja negara, manakala Shadow Brokers adalah kumpulan penggodam yang mencuri dan membocorkan alat dan kelemahan dari Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat.
Kebocoran salah satu kelemahan tersebut membolehkan serangan perisian tebusan (ransomware) WannaCry bermula dari 2017.
Walaupun penggodam cuba mengelakkan laman pemerintah, salah satu komputer riba mereka mengandungi mesej yang membincangkan domain yang terdedah, termasuk lima domain pemerintah Australia, Argentina dan Vietnam, sementara yang lain mengandungi emel sulit antara pegawai Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Industri dan Pembangunan Infrastruktur Kazakhstan.
Tiga penjenayah warga China itu ialah Yan Peijian, 39 tahun, Huang Qin Zheng, 36 tahun, dan Liu Yuqi, 33 tahun.
Pada Rabu (5 Nov), Yan dan Huang dijatuhi hukuman penjara 28 bulan satu minggu, dan Liu dijatuhi hukuman penjara 28 bulan empat minggu.
RENTETAN KES
Xu Liangbiao, seorang warga Ni-Vanuatu berusia 38 tahun, membuat tawaran kepada mereka untuk datang ke Singapura bekerja, dan mereka bersetuju.
Xu mengatur agar permohonan palsu untuk permit kerja dibuat untuk ketiga-tiga mereka melalui syarikat-syarikat yang tidak mereka kenali.
Ketiga-tiga mereka dibayar gaji bulanan sekitar S$2,000 dari awal 2024 untuk mengekalkan penyamaran pekerjaan palsu mereka.
Xu menugaskan lelaki-lelaki itu untuk menyiasat laman-laman yang boleh mempunyai kelemahan sistem, melakukan serangan penembusan dan mengekstrak maklumat peribadi dari sistem yang dieksploitasi itu.
Mereka mengumpulkan maklumat tentang nama domain dan subdomain yang berkaitan dengan pertubuhan atau laman yang disasar dan menggunakan alat sumber terbuka untuk mengimbas kelemahan pada domain-domain berkenaan.
Ketiga-tiga mereka tahu bahawa tindakan mereka adalah salah dan mengelak daripada menyasarkan laman Singapura kerana mereka berasa ia "tidak wajar" untuk berbuat demikian semasa berada di Singapura, menurut pendakwa.
Mereka juga cuba mengelak daripada menyasarkan laman pemerintah, kerana mereka tidak mahu menarik perhatian yang tidak diingini.
Pada 9 September 2024, polis menyerbu banglo di Mount Sinai sebagai sebahagian daripada satu operasi dan menahan tiga lelaki tersebut.
Polis menemui fail berkaitan perisian hasad pada peranti ketiga-tiga suspek, termasuk kod sumber untuk RAT; RAT sumber terbuka seperti Metasploit, Spark dan Silver; alamat IP bersama kelayakan log masuk yang dikaitkan dengan pelayan yang mengandungi perisian hasad plugX; serta alat penggodaman lain.
Walaupun plugX - yang dikaitkan dengan kumpulan penggodam yang ditaja oleh negara - ditemui pada peranti mereka, ketiga-tiga lelaki itu menafikan sebarang pengetahuan atau kaitan dengan kumpulan sedemikian. Mahkamah dimaklumkan bahawa tiada seorang pun daripada mereka merupakan penyelidik keselamatan siber atau terlibat secara sah dalam bidang tersebut.
Ketiga-tiga lelaki itu kemudian melakukan kesalahan lain dengan berbohong kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang pekerjaan palsu mereka, mendakwa bahawa mereka benar-benar bekerja dalam jawatan yang dinyatakan.
Pendakwa memohon hukuman penjara 30 hingga 38 bulan dan satu hingga dua minggu untuk Yan dan Huang, dan 30 hingga 38 bulan empat minggu penjara untuk Liu.
Timbalan Pendakwa Raya Hon Yi berkata bahawa walaupun kumpulan jenayah terancang itu tidak menyasarkan Singapura secara langsung, namun ia menjejas reputasi negara kerana ia menjadi pusat kegiatan haram ketiga-tiga individu tersebut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.