3 wanita didakwa anjur perarakan pro-Palestin ke Istana akan cabar tuduhan semasa perbicaraan kes
Anggaran Waktu Membaca:

Dari kiri: Siti Amirah Mohamed Asrori, Annamalai Kokila Parvathi dan Mossamad Sobikun Nahar di Mahkamah Negara pada 27 Jun 2024. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Tiga wanita yang didakwa kerana menganjur perarakan untuk mengirimkan surat-surat ke Istana sebagai tanda sokongan kepada Palestin, akan mencabar tuduhan dalam satu perbicaraan, seperti dimaklumkan kepada mahkamah pada Rabu (18 Sep).
Tiga wanita warga Singapura itu didakwa pada Jun di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana menganjurkan perarakan tanpa permit pada 2 Februari.
Siti Amirah Asrori, 29, dan Mossammad Sobikun Nahar, 25, dituduh menganjur perarakan yang berlangsung antara pukul 2.00 dan 3.00 petang di luar pekarangan Istana, yang merupakan kawasan terlarang.
Wanita ketiga, Annamalai Kokila Parvathim, 36 tahun, dituduh menggalakkan perbuatan tersebut bersama Siti dan Mossamad, serta Alysha Mohamed Rahmat Shah, Anystashe Mohamed Rahmat Shah dan individu-individu lain yang tidak diketahui untuk menganjurkan perarakan itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) sebelum ini, sebuah kumpulan terdiri daripada kira-kira 70 orang berkumpul di luar sebuah pusat beli-belah di Orchard Road, pada 2 Februari, pukul 2.00 petang, dan mereka berjalan ke Istana.

Ketiga-tiga wanita hadir di Mahkamah Negara pada pagi Rabu.
Apabila hakim bertanya pendirian mereka tentang kes tersebut, peguam mereka berkata: "Ketiga-tiga tertuduh akan membantah tuduhan tersebut. Jadi, mereka memohon kes mereka dibicarakan."
Kes itu ditangguhkan sehingga Oktober bagi sidang praperbicaraan.
Jika sabit kesalahan menganjur perarakan yang dilarang di bawah Akta Ketenteraman Awam atau menggalakkan perbuatan tersebut, setiap wanita boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Polis menggesa orang awam untuk "tidak menyertai kegiatan yang menjejas ketenteraman awam dan keharmonian sosial yang telah diusahakan secara bertungkus-lumus oleh rakyat Singapura".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.