3 UTAMA: MELAYU/ISLAM SG 2023
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelbagai kemajuan dicatatkan masyarakat Melayu/Islam dalam tahun 2023.
Namun terdapat juga beberapa cabaran yang perlu ditangani masyarakat.
Ini sedang masyarakat menyusuri pelbagai pembaharuan termasuk dalam peralihan pucuk pimpinan.
Menurut para analisis yang ditemui BERITA Mediacorp, pembaharuan dari segi itu boleh membawa lebih banyak kesan positif
dalam masyarakat.
PERALIHAN PUCUK PIMPINAN BADAN-BADAN MELAYU ISLAM PADA 2023
Pada separuh kedua tahun 2023, sebilangan badan-badan Melayu/Islam (MMO) melalui peralihan pucuk pimpinan.
Antaranya termasuk Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam (PERGAS) yang melantik Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid sebagai presiden baharu.
Beliau menggantikan Ustaz Hasbi Hassan yang telah memimpin PERGAS selama lebih 20 tahun.
Badan itu juga mencipta sejarah apabila melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita pertamanya, Ustazah Nurdiana Hanim Abdul Rahman.
Selain PERGAS, PERDAUS juga kini dipimpin presiden Muhammad Hafiz Noorahman manakala AMP pula diketuai pengerusi Fathurrahman Dawoed.
Perubahan-perubahan itu, menurut Zamil Kanan ISEAS - Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, dijangka membawa kesan positif dengan pembaharuan dalam gaya kepimpinan dan idea.
Beliau berkata: "Kepimpinannya bukan hanya dilihat pada faktor usia tetapi dari segi intelektual dari segi pemikiran dan juga memahami fungsi sesebuah pertubuhan, itu perlu ditekankan dalam masyarakat."
"Perubahan peralihan kuasa penting tetapi ini tidak bermakna kita perlu mengetepikan golongan yang lebih mapan kerana mereka berpengalaman. Mereka punyai pengetahuan institusi," tambah beliau.
Pada Mei tahun 2023, Pejabat Mufti buat julung-julung kalinya melantik Timbalan Mufti ke-3.
Persoalannya, adakah langkah itu mencerminkan peranan lebih besar dan mencabar bagi Pejabat Mufti kini?
"Apakah ini isyarat bahawa lebih banyak perkara perlu difatwakan Memerlukan perspektif agama itu satu. Sejauh mana peranan Mufti dari segi seorang figura yang dilihat sebagai 'institusional' itu? Mungkin ada keperluan ataupun mungkin ada dinamika mereka tersendiri. Ini sebagai satu cara untuk berikan peluang pada transisi kepimpinan agama di masa akan datang." jelas Dr Norshahril.
REAKSI MASYARAKAT TERHADAP KONFLIK ISRAEL-HAMAS TERKAWAL
Kepimpinan agama itu genting apabila masyarakat dibelenggu dengan isu-isu yang terbit di dalam dan luar negara.
Bagi konflik Timur Tengah misalnya, badan-badan agama terpanggil untuk hasilkan sebuah buku panduan buat masyarakat.

Dr Norshahril berkata: "Panduan agama itu penting dan kalau menggunakan respons agama itu boleh melegakan masyarakat, saya fikir itu satu petanda yang baik juga. Konflik di Palestin yang sebenarnya memberikan satu tekanan kepada masyarakat kita bagaimana kita harus berikan reaksi kita."
"Ada yang lebih bersifat berdiam diri, tidak semestinya mereka bersetuju tetapi mereka pilih untuk berdiam diri. Ada yang lebih beremosi. Pada keseluruhannya, saya fikir bahawa perkara ini sangat terkawal. Tiada mungkin respons-respons yang cenderung kepada keganasan," ujar beliau lagi.
Meskipun konflik itu bukan sesuatu yang baharu, kehadiran media sosial pada zaman sekarang menyebabkan masyarakat lebih terpukul dan terkesan dengan bedilan-bedilan terhadap mangsa.
Walaupun berlaku hampir 8,000 kilometer jauh dari Singapura, media sosial 'mendekatkan' lagi kesannya kepada penduduk kita.
Pensyarah Jabatan Perhubungan dan Media baharu NUS, Profesor Madya Elmie Nekmat berkata, "Dalam media sosial, banyak juga video-video, grafik grafik yang boleh digunakan untuk menaikkan atau meningkatkan lagi emosi dan kemarahan kita terhadap sesuatu pihak,"
Maka itu, Dr Elmie menasihatkan masyarakat untuk bersikap rasional dan cuba mengawal emosi apabila berhadapan dengan maklumat dan kandungan di media sosial.
"Media sosial juga membolehkan kita untuk menjalankan atau menyumbang kepada usaha baik dengan cara yang lebih berkesan, dengan cara yang lebih tepat," kata Dr Elmie.
Buaian emosi itu juga mendorong dan menyatukan masyarakat Melayu/Islam yang amat bermurah hati untuk memberi sumbangan yang lebih bermakna buat mangsa-mangsa konflik.
Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) misalnya berjaya kumpul lebih S$4.6 juta untuk bantuan kemanusiaan bagi Gaza dalam masa dua minggu iaitu satu rekod bagi badan itu.
Selain itu, masyarakat Melayu/Islam Singapura turut menyokong usaha badan-badan amal lain seperti Free Food For All, Humanity Matters dan Palang Merah Singapura.
Namun, seiringan dengan bantuan yang dihulurkan kepada Gaza, Dr Norshahril berharap masyarakat Singapura dapat membantu para mangsa di negara-negara lain juga.
Beliau berkata: " Kalau kita nak lihat isu ini pada konflik kemanusiaan, saya fikir kita perlu konsisten di mana konflik konflik di luar sana yang menjejas aspek kemanusiaan baik peperangan di Rusia, di Ukraine ataupun mungkin bencana alam yang berlaku di Indonesia, di India, kita juga harus memberi respons secara kemanusiaan."
"Kalau tidak, basis kita ini lebih kepada kemanusiaan tetapi masih ada berbaur kebudayaan atau agama itu, saya fikir bahawa kita perlu konsisten dan saya fikir Islam sebagai agama itu adalah agama kemanusiaan," tambah Dr Norshahril.
ADA PENCAPAIAN YANG DIRAIKAN, ADA JUGA MASALAH YANG BOLEH DIPERBAIKI
Tahun ini , masyarakat Melayu/Islam terpalit dengan beberapa kontroversi dan dugaan.
Antaranya, CEO Persekutuan Silat Singapura (PERSISI), Sheikh Alau'ddin Yacoob Marican diberkas dan disiasat kerana terbabit dalam kes pecah amanah.
Selain itu, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menggantung keanggotaan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (PERSES), disebabkan salah laku dalam pucuk kepimpinan PERSES.
Bukan sahaja persatuan sukan, institusi agama juga tidak terlepas daripada dilanda masalah.
Pada bulan Ogos, MUIS telah membuat aduan polis, kerana terdapat urus niaga zakat yang mencurigakan yang dikesan di Masjid Al-Istiqamah.
PENCAPAIAN MASYARAKAT MELAYU/ISLAM PADA 2023...
Di sebalik cabaran yang diharungi, masyarakat Melayu/Islam turut bangkit mencatat pelbagai kemajuan dalam 2023.
Sumbangan beberapa individu juga diraikan, dengan ada yang berjaya di persada dunia.
Antara lain,Taqi Aljaafari menjadi rakyat Singapura pertama mengadili Piala Dunia Lelaki dan Wanita.
Beliau telah menyumbang tenaga sebagai pegawai Penolong Pengadil Video (VAR).
Juga pada bulan Ogos, ikon teater Melayu, Nadiputra diiktiraf dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara di Bangkok atas kecemerlangan dan daya kreativiti beliau dalam bidang penulisan sastera dan skrip bagi televisyen, radio dan pementasan teater sejak lima dekad lalu.
Selain itu, tokoh seni tari Melayu, Som Said pula menerima Bintang Bakti Masyarakat manakala Osman Abdul Hamid pula diiktiraf dengan Pingat Budaya.
Dalam bidang pendidikan pula, jumlah penerima Anugerah MENDAKI naik lebih 45 peratus dalam masa sedekad.
13 peratus lebih ramai pelajar politeknik Melayu/Islam juga meraih Diploma dengan Merit atau Kepujian tahun ini.
Dr Norshahril berkata, "Sepanjang tahun ini, kita masih lagi sedang dalam proses keluar daripada pasca COVID-19. Ada peluang-peluang baharu."
"Cabaran-cabaran tetap sama. Saya fikir masalah sosio ekonomi, masalah dari segi pendidikan, pekerjaan. Saya fikir bahawa kita harus terus bekerja keras untuk cara terbaik untuk menangani masalah ini," tambah Dr Norshahril.
Dalam hal itu juga, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli berkata: "Saya boleh katakan mungkin dekad ini adalah dekad di mana boleh bangga bahawa masyarakat Melayu Islam selama ini telah membina model-model yang boleh dijadikan contoh oleh masyarakat-masyarakat minoriti Islam lain sebagai masyarakat gemilang.
Meninggalkan 2023 yang penuh cabaran, masyarakat juga diajak kukuhkan lagi perpaduan demi kemaslahatan negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.