Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 tadika baru MOE bakal dibuka pada 2026 dan 2027

Tiga tadika baru Kementerian Pendidikan (MOE) akan dibuka pada 2026 dan 2027, menurut kementerian itu pada Selasa (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2022 01:04PM Dikemas Kini : 28 Jun 2022 08:55PM
SINGAPURA: Tiga tadika baru Kementerian Pendidikan (MOE) akan dibuka pada 2026 dan 2027, menurut kementerian itu pada Selasa (28 Jun).

Langkah tersebut adalah "sebahagian daripada peluasan yang dirancang kementerian itu untuk menyediakan ibu bapa dengan lebih banyak pilihan bagi tempat prasekolah yang bermutu dan berpatutan", jelas MOE dalam kenyataan medianya.

Kesemua tiga tadika akan ditempatkan dalam pekarangan sekolah rendah, dengan setiap satu menawarkan sekitar 120 hingga 200 tempat kosong bagi Tadika 1 (K1).

Ini adalah butiran tiga tadika baru MOE yang akan dibuka pada 2026 dan 2027:

2026

Bahagian Barat

MOE Kindergarten @ Pioneer
-Sekolah Rendah Pioneer
- Ia akan ditempatkan di Kawasan Perladangan Tengah; lokasi khusus akan didedahkan kelak

2027

Bahagian Timur Laut

MOE Kindergarten @ Rivervale
- Sekolah Rendah Rivervale
80 Rivervale Drive, Singapore 545092

Bahagian Tengah

MOE Kindergarten @ Townsville
- Sekolah Rendah Townsville
3 Ang Mo Kio Ave 10, Singapore 569730

Dengan tadika-tadika baru ini, sebanyak 60 tadika MOE akan diwujudkan menjelang 2027, dengan sekitar 8,300 tempat bagi K1.

Pendaftaran bagi kemasukan ke K1 bagi tadika-tadika baru MOE akan berlangsung pada Februari tahun sebelum ia dibuka.

"Perincian lanjut bagi pendaftarannya masing-masing akan didedahkan awal 2025 dan 2026," menurut kementerian itu.

Bagi ibu bapa yang memerlukan khidmat jagaan sepanjang hari, khidmat KCare akan disediakan bagi semua tadika MOE berlandaskan sekolah dari Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

Lebih banyak maklumat mengenai tadika-tadika MOE itu boleh didapati di laman moe.gov.sg/preschool/moe-kindergarten.
Sumber : CNA/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa